Aplikasi Telco Yoodo Jimat Poket Anda

Jangan Sesekali Meminjam dengan Ah Long Halal!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sebelum menulis panjang, yeop nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 kepada semua pembaca. Semoga azam lepas tu dikitar semula ke tahun ini dan tahun berikutnya. Heh.

Okey, berkait dengan tajuk di atas yeop nak ceritakan pengalaman pahit yang pernah yeop lalui sepanjang hayat.

Ah Long. Biasa kita dengar pada ceti atau pemberi pinjaman wang yang tidak sah. Kalau lambat sikit, kita akan mengalami kesusahan yang amat teruk termasuk terima ancaman kepada keluarga dan ibu bapa kita sendiri (termasuklah adik-beradik).

Ni Ah Long Halal. Diorang ni bukan setakat halal oleh kerajaan, malah "halal" makan komisyen kalau buat panggilan kepada peminjam yang taktau nak bayar macam mana. Sampai buat ugutan dan menyamar dari Mahkamah, Peguam atau Polis untuk menuntut hutang depa, dengan "harapan" dapat komisyen dari hasil bayaran tersebut.

Ah Long Halal ni bukan setakat menyusahkan diri orang lain, ia menyusahkan semua orang termasuklah rakan sekerja, adik beradik, ibu bapa kerana mereka sengaja menghebahkan keengganan membayar hutang tersebut.

Dan yeop adalah salah satu mangsa utama.

Siapa yang tak kenal dengan AEON Credit. Dekat kampung, benda ni tak popular sangat. Tapi di bandar-bandar besar, terpaparlah sejuta kisah pahit dan kesakitan yang sangat mendalam.

Meh yeop nak cerita satu kisah sebenar.

******

Yeop buat ansuran mudah untuk dua telefon pintar, tahun 2018. Bayaran taklah mahal, RM210 sebulan sehingga 2020. Sebenarnya yeop tak pernah tinggal pembayaran tersebut sejak setahun enam bulan lalu, tetapi sejak kebelakangan ini yeop mengalami kesesakan kewangan yang agak kritikal. Yeop pernah tak bayar 3 bulan.

Masalah utamanya, bila tertinggal satu bulan, hari berikutnya dapat panggilan dari nombor tidak dikenali (kalau Install TrueCaller akan detect sebagai Aeon) dan dorang mintak bayar hari ini. Sedangkan yeop tahu, yeop memang tak cukup duit nak bayar. Nak korek kat mana?

Last, yeop abaikan je. 

Lepas tu, setiap jam selalu mendapat panggilan dari dorang bukan tiga kali, lebih 7-8 kali dapat. Tak dapat call henset, dia bantai call pejabat sekolah. Bantai call adik-beradik. Bantai call isteri.

Setiap hari okey. sampai satu tahap malas nak melayan mereka sampai block nombor mereka.

Bila dah terima pembayaran, baru tiada panggilan dari mereka. Memang ajaib.

Ya, hutang kena bayar. Tapi macam mana nak bayar kalau kita mendahulukan yang penting. Orang takkan faham keadaan peminjam seperti yeop. Apa yang dorang tau, kena bayar ikut "perjanjian" yang tiada hitam putih.

Untuk pengetahuan anda, yeop tiada diberi surat perjanjian dari AEON Credit walaupun ada baca mengenai perjanjian ini mesti diberi satu salinan kepada peminjam

Lagi pedih, bila yeop didatangi oleh Salesman AEON Credit promosikan Kad Kredit mereka di sekolah. 

Lagi best jika bos yeop kasi lepas kat mereka (salesman tu) mempromosikan kepada semua guru dan staf sekolah.

Kalau diikutkan, Pekeliling ada menyatakan "Pentadbir tidak diberi kebenaran kepada mereka yang menjual barangan-barangan yang lebih memihak kepada mereka" seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 12/1988.

Tetapi, hanya beberapa Pentadbir yang mengikut pekeliling tersebut. Yang lain, main lepas je.
SPI 12/1988 - Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah 
Tidak boleh
1. Sesiapa datang jual barang terus kepada pelajar dan guru dalam waktu persekolahan
2. Mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi kepada guru dan murid.
3. Melantik sekolah menjadi wakil pengedar atau penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau JK PIBG.


Yang boleh adalah
1. Pameran, demonstrasi, promosi dan jualan dilakukan pada hari tertentu seperti pada hari sukan, hari guru, mesyuarat agung PIBG dsb.
2. Promosi, Demonstrasi adalah untuk perhatian pentadbir sekolah, pengurusan koperasi dan JK PIBG untuk perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan guru dan pelajar.
3. Surat kebenaran daripada KPM/JPN/PPD.
Ingatan kepada pentadbir, jangan ingat guru-guru dan murid-murid sekolah taktau pasal ini. Bukan nak lepas tanggungjawab je.

Okey, sambung balik.

Dah tak bayar sebulan, keesokkan harinya berderu panggilan yang menyusahkan orang lain (baca : Pentadbir atau Pejabat) tuntut bayaran mereka. Sedangkan mereka bukan faham, perlu ke buat panggilan yang sebegitu kepada orang lain?

Sedangkan kita tau, segala maklumat yang diberi akan dimasukkan dalam sistem mereka.

Yang paling sakit hatinya, nombor panggilan kecemasan pun mereka bantai.

Adeh, mereka ni tau nak duit je. Aku taulah kena bayar, bila bagi tempoh sampai ada duit pergi marahkan kita.

Aku taulah mereka ni buat panggilan untuk tuntut duit mereka, tapi tak perlu nak sergah orang suruh bayar masa tu jugak.

Dan aku tau, mereka sedang kejar komisyen.

Buktinya, mereka buat panggilan, kemudian buat pembayaran sambil "melayan" mereka dan wajib beri nombor rujukan pembayaran.

Sebab tu aku malas nak melayan mereka.

Lagipun, kalau anda buat dengan Aeon Credit, jeratan makin besar dari buat pinjaman bank sebab persen bunganya lebih tinggi dari CIMB Bank dan Maybank.

Dan, mereka bukan di bawah Bank Negara Malaysia (walaupun dalam laman web mereka diisytiharkan di bawah BNM)


*******

Cara penyelesaiannya?

1. Jangan sesekali buat pinjaman dengan Aeon Credit JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYARNYA. Dah masuk sekali, susah nak keluar lagi.

2. Kalau dah buat pinjaman mengikut bayaran yang ditetapkan, BAYAR IKUT HARI YANG DITETAPKAN. Biasanya mereka letak sehingga 2hb setiap bulan. JANGAN TERLEPAS BAYARAN YA.

3. Kalau tak mampu bayar, JANGAN SESEKALI BERUNDING DENGAN MEREKA DENGAN PANGGILAN TELEFON. Serius, mereka sangat susah nak berunding. Berunding dengan mereka di kuanter pembayaran Aeon yang terdekat. Biasanya, kalau jumpa Aeon Mall atau Aeon Big, dalam tu ada kedai khas untuk Aeon Credit.

4. Kalau boleh, ELAKKAN MEMBUAT PEMBELIAN DARI AEON CREDIT. JANGAN. Kalau terpaksa, bersedialah dengan semua keadaan termasuklah panggilan yang tak diundang.

5. JANGAN MENERIMA TETAMU DARI AEON CREDIT (TERMASUK BERI IKLAN) KEPADA PEJABAT-PEJABAT. Mereka tidak boleh buat apa-apa (walaupun kononnya buat laporan polis untuk sergah peminjam).

6. Terakhir, JANGAN DENGAR JANJI MANIS DARI SALESMAN AEON CREDIT DENGAN TAWARAN YANG AMAT BODOH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA. MEREKA HANYA CARI MAKAN SAJA. BUKAN NAK DENGAR KATA KITA.

Yeop terpaksa buat entri ini untuk mengelakkan diri sendiri dan orang lain menjadi mangsa Ah Long Halal.

Kalaulah Ah Long Haram pun kerajaan tak reti ambil tindakan, apatah lagi Ah Long Halal kan?

Ulasan

  1. Blogwalking..

    Jemput singgah ke YouTube channel Qiya Saad Tailor dan jangan lupa subscribe ye.. tq

    https://youtu.be/mWyvV3XE41k

    BalasPadam

Catat Ulasan