Aplikasi Telco Yoodo Jimat Poket Anda

Bapa Sulung Baru Belajar Jaga Anak Sendiri - 7 Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah kira-kira tujuh bulan yeop menjaga (dan belajar) bab penjagaan dan makanan bayi yeop. Sebelum ni yeop pernah cerita dalam tiga bulan lepas di sini.

Sejak bulan keenam, Mikail mula belajar makan makanan lembut. Sebelum ni telah diajar makan makanan yang dibeli dari pasaraya besar untuk 6 bulan ke atas, seperti Nestum Cerelac.

Dah masuk bulan ketujuh, mula belajar masak makanan sendiri seperti nasi, kentang, ikan, kismis dan lain-lain dan dikisar secara lembut.

Yeop juga belajar memandikan Mikail, menguruskan pakaian dan menyuap makanannya ke mulutnya. Sebenarnya tugas ni agak berat, tapi itulah sampai bila nak biar maknya buatkan kan..

Mujurlah ada rakan sekerja menghadiahkan pengisar besar untuk kegunaan Mikail dan kami berdua.

Banyak benda yang perlu yeop belajar, tak semestinya lelaki kena goyang kaki. Sebab tu senang bila dah dekat dengan Mikail.

*********

Oh ye, yeop pun belajar dari aplikasi TheAsianParent Community. Banyak juga tips dan info yang yeop belajar dari aplikasi tersebut.

Untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil atau sedang menunggu waktu jadi bapa, jom belajar dengan muat turun di link bawah.
Download 'theAsianparent' app. Asia's largest parenting network chosen by more than 12 million parents. theasianparent.com

Ulasan

  1. Senang je kan sekarang. Tak perlu pergi kelas, belajar melalui online jee. Mantopp hehe

    BalasPadam

Catat Komen