Nak Backpacking? Ikuti Tips Yeop Kongsi ini

Gambar dari AllTerrain.my
Setiap kali nak pergi bercuti dengan keluarga terutamanya benda yang yeop rasa paling leceh lah nak uruskan hal luggage ni lah. Yelah nak pack satu hal lagi, nak angkut ke hulu ke hilir satu hal lagi yang lain. Macam yeop, yeop memang suka back pack je. Kalau bercuti dengan family pun, yeop still akan back pack. Just mungkin akan ada satu luggage je kot, just preparing the worst balik nanti nak beli barang hahaha. Bercuti dengan family ni semua benda nak kena ambil kira, kalau pergi ngan member memang boleh gamble je dengan backpack. Nak bergerak pun senang, kalau guna flight pun dah jimat takde check in luggage.

Bagi yeop backpack ni banyak je kebaikan yang memudahkan kita. Kalau kita pergi bercuti naik flight benda yang utama kita boleh jimat, tak payah add on check in luggage. Memang just bawa hand carry jelah. But make sure beg kita tu tak lebih 7kg. Selalunya kalau beg kita tu bukan size yang besar dan tak nampak berat kadang-kadang staff airline tu tak timbang pun. Kira tu atas nasib badan lah, yang ni kita kenalah bajet-bajet sendiri berat beg kita. Kalau kita nak back pack ni selalunya tak adalah nak beg berat-beratkan. Nanti buat sakit badan je nak bawa ke sana sini.

Selain tu, yeop suka sangat backpack masa travel ni sebab senang yeop nak gunakan KLIA transit untuk ke airport. Yeop memang suka gunakan KLIA transit ni sebab memudahkan perjalanan yeop. Yelah kita ni kadang-kadang ada kekangan masa yang kita tak dapat nak elakkan. Kalau nak beli tiket KLIA transit ni, yeop cadangkan untuk beli dekat Traveloka sebab ia selalu buat KLIA transit online promos. Dah lah harga tiket yang lagi murah daripada beli dekat kaunter, lepas tu dapat diskaun lagi. Memang berbaloi sangatlah. Lagi satu, kalau yeop pergi bercuti dengan family yang memang sure akan bawa luggage sekurang-kurangnya satu, yeop pun akan buat airport taxi booking dengan Traveloka ni. Ia sangat-sangat membantu melancarkan perjalanan yeop dan keluarga. Hal ini kerana yeop boleh compare kan harga dan selalunya memang akan murah sikitlah daripada booking grab ke apa. Walaupun beza sikit, tetapi masih ada perbezaankan. So, boleh lah topu dekat benda lain pula nanti.

Kalau kita travel negara yang memerlukan banyak pergerakkan terutama negara yang main dia menggunakan public transport macam Jepun dan korea, travel backpackers ni sangat-sangat seronok dan memudahkan. Kalau kita sampai sana pagi dan terus nak beraktiviti, kita tak payah fikir nak check in hotel dulu. So, sangat-sangat convenientlah tak payah seret luggage yang berat-berat tu. Kita siap boleh turun naik tangga berlari lagi kot. Hahaha. Kalau kita bawa luggage, dari kita beli tiket lagi kita dah nak kena fikir, sampai nak kena hantar beg dulu, macam mana nak hantar beg, hotel bagi drop beg dulu ke tak dan banyak lagi lah. Tetapi kalau backpack, semua tu kita tak payah fikir. Nak beli tiket pukul berapa pun ikut suka kita.

Yeop just sukalah nak share, ramai backpack suka stay dekat hostel-hostel yang ada sebab kos yang lebih rendah. Namun begitu, yeop lebih prefer untuk cari Airbnb yang lebih selesa dan menyediakan banyak kemudahan walaupun kosnnya mungkin sedikit mahal lah compare kalau kita stay dekat hostel tu. Tetapi kita boleh jimat in term of benda lain macam makanan sebab selalunya Airbnb aka nada sediakan kemudahan dapur atau microwave. So, boleh lah kita masak yang simple-simple or panaskan lauk ke apa. Airbnb ni pun selalunya ada mesin basuh, jadi tak payahlah kita bawa baju banyak-banyak sebab boleh basuhkan. Ringan beg kita. Siap boleh iron baju semua tanpa fikir nak kena bawa baju yang ironless. Hahaha

Kalau korang tak pernah cuba backpack lagi waktu travel, cubalah sekali. Yeop yakin korang akan fall in love dengannya. Lepas ni boleh lah kot bungkus luggage tu masuk plastic letak bawah katil.

Ulasan