Kisah Buku

Kisah Basikal Lajak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya sudah lama tak menulis cerita berkait isu semasa. Kali ini, yeop cuba menyelongkar satu cerita yang sedang tular sekarang ini.


Basikal Lajak.

Basikal adalah satu pengangkutan yang memerlukan kayuhan tangan atau kaki (bergantung jenis basikal) oleh seorang atau dua orang.

Lajak adalah satu perbuatan yang tidak berhenti, terus bergerak tanpa membrek. [1]

Kiranya, maksud basikal lajak adalah pengangkutan yang tidak ada brek. Macam basikal BMX, tapi bukan dia.

Kenapa Basikal Lajak wujud?

Rasanya semua orang tahu kenapa ia wujud. Kalau tak tau, meh yeop bagitau.

1. Basikal standard biasanya ada brek di tayar depan dan belakang untuk mengurangkan impak kemalangan.
2. Ia juga mempunyai lampu kecil atau pemantul untuk mengelakkan dari kemalangan kenderaan lain.
3. Ada juga basikal standard mempunyai gear kekal dan gear boleh ubah seperti Basikal Bukit (Mountain Bike).
4. Basikal Lajak pula, brek dibuang dan pedal diubahsuai seperti motosikal untuk membuat aksi merbahaya seperti "Superman".
5. Biasanya kita jumpa kanak-kanak bawah 12 tahun yang bermain di jalan besar dan lebuhraya dan membuat aksi "Superman" tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain (orang dewasa).
6. Ia wujud pun atas sebab suka-suka antara mereka, seperti bersaing siapa yang paling laju, paling bergaya dan yang penting, menarik perhatian awek-awek sebayanya.


Ada yang menyatakan kanak-kanak yang bermain basikal lajak tu sangat berbahaya.

Ya, yeop sangat mengakuinya.

Yeop telah bertemu beberapa kanak-kanak bermain basikal lajak di tengah jalan, yang peliknya tak perasan kereta atau motor yang melaluinya. Sambil tu, membuat aksi "Superman".

Wau, bergayanya dik.

Tak kisahlah duduk bandar atau kampung, basikal lajak memang ada di mana-mana. Mereka yang menaiki basikal secara merbahaya pun ada, macam mak bapak dia bayar jalan kepada kerajaan atau konsesi lebuhraya.

Oh ye, belanja ubah suai basikal standard ke basikal lajak boleh katakan tinggi, mencecah RM800.00 weh.[2] Dan jangan terkejut, ada juga mereka menjual basikal di Carousell.

Jadi, patutkah mengharamkan saja basikal lajak di jalan raya?

Sepatutnya kes ini perlu diambil perhatian oleh ibu bapa sendiri. Bukan kerajaan, bukan NGO, bukan Polis.[3]

Walau jadi apa sekalipun, basikal lajak mesti diharamkan atas sebab keselamatan kanak-kanak itu sendiri dan pengguna jalan raya.

Mengubahsuai basikal pun kira satu kesalahan besar, apatah lagi dengan menunggang basikal lajak bukan?

Tak salah pun menunggang basikal, tapi tak perlu membahayakan orang lain bukan? Jalan yang mereka lalu tu bukan mereka punya.

Lebih baik membuat teguran yang mendidik sebelum menguatkuasakan larangan basikal lajak di jalan raya.[4]

Ulasan