Kisah Buku

Tiga Jenama Tawar Dekoder Ori dan Murah di Shopee dan Lazada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru-baru ini dekoder DVB-T2 yang yeop beli di Lazada dah sampai masanya. Innalillah.



Jadi, yeop mula guna siaran analog biasa buat sementara waktu. Sambil itu, yeop mula mencari dekoder yang disahkan oleh SIRIM dan SKMM.

Kenapa nak cari dekoder yang disahkan? Kenapa tak beli China je?

Sebenarnya yeop telah menggunakan dekoder ini di Lazada, buatan China. Setakat ni yeop sangat berpuas hati dengan dekoder itu. Bayangkan guna 2 tahun dekoder tu (itupun sejak MyFreeview buat iklan tukar ke siaran digital pada masa itu) dan mulalah mencari dekoder murah-murah di Lazada.

Dekoder yang rosak itu sebenarnya berharga RM60.00 dan antena pakai UHF yang dibeli di kedai elektrik dengan harga RM15.00.

Persoalan, kenapa nak beli ori? Mudah je, dorang ada waranti setahun (12 bulan). Kalau berlaku kerosakan teknikal mereka akan hantar dekoder baru tanpa bayaran. Daripada beli dekoder yang ada waranti 3-6 bulan, mana cukuplah.

Ni yeop pakai lebih 2 tahun kira berbaloilah. Lagipun barang elektronik, ada masanya untuk rosak.

Sekarang ni dah banyak dekoder yang ori dan disahkan oleh SIRIM dan SKMM. Lagipun harga pun beza beberapa puluh Ringgit je berbanding buatan China. Jadi, pilihan dah ada.

**********

Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menyatakan bahawa mereka yang didapati mengguna, memiliki atau mengedar apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan peranti atau kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai label pemerakuan MCMC kerana ia turut dikategorikan sebagai peranti atau kelengkapan yang tidak standard. Pengguna boleh memeriksa produk komunikasi mereka menggunakan aplikasi mudah alih “Check Your Label’ untuk memastikan sama ada produk itu mempunyai sijil sah dan tulen.

Rujukan : https://www.skmm.gov.my/media/press-releases/mcmc-rampas-peralatan-komunikasi-tidak-standard

**********

Pilihan dekoder Ori dan Murah di Shopee dan Lazada

Yeop dah mencari dan menyelongkar pilihan dekoder yang ori tapi murah di Shopee dan Lazada. Dan dah jumpa.

Ada 3 jenama yang telah diiktiraf atau disahkan oleh SKMM dan SIRIM semestinya. Takdelah nak gelabah kena terjah disebabkan beli atau guna "dekoder haram" (sudah-sudahlah tuuu...)

Jenama yang disahkan seperti berikut :

1. Botato Electronics

Botato Electronics dikatakan telah berada di Malaysia sejak 5 tahun lepas. Jadi, rasanya takde masalah apa-apa kot kalau nak claim waranti jika berlaku kerosakan.

Selain dekoder myFreeview, mereka juga menjual barangan elektronik lain seperti Xiaomi, Cam, Port Charger dan lain-lain.

Untuk dekoder myFreeview pula, mereka menjual dengan harga RM73.90 di Lazada dan RM75.90++ di Shopee.

Beli di sini -->> http://bit.ly/BotatoLazada

Beli di sini -->> http://bit.ly/BotatoShopee
2. GreenPacket

GreenPacket boleh dikatakan satu jenama asing di Malaysia. Mungkin namanya agak serasi dengan P1 suatu ketika dahulu. Tapi mereka mula menjual dekoder myFreeview yang agak berpatutan, sekitar RM109.00 seunit.

Beli di sini -->> http://bit.ly/GreenPacketCJWowShop

Beli di sini -->> http://bit.ly/GreenPacketShopee

3. MYTV Broadcasting (Pensonic)

Jenama pertama (atau peneraju) dalam penyiaran myFreeview mula sejak 2016 dan mereka telah mengeluarkan dekoder atas jenama MYTV dan diedarkan oleh Pensonic.

Harga dikatakan agak keras sedikit, sekitar RM190.00 seunit (harga asal RM299.00) berbanding dua jenama di atas.

Beli di sini -->> http://bit.ly/MYTVLazada

Beli di sini -->> http://bit.ly/MYTVShopee
Kesimpulan

Bagi yeop sendiri, yeop lebih suka beli barangan elektronik yang original dan disahkan oleh SKMM. Bukan tak suka barang China, tapi seeloknya belilah dari Malaysia sendiri.

Dan ye, yeop akan memilih Botato Dekoder myFreeview untuk pembelian akan datang. Memandangkan siaran analog akan ditamatkan hujung September 2019, lebih baik beli sekarang. Nanti tak bolehlah tengok siaran tv weh..

Ulasan

Catat Ulasan