Kisah Buku

Bapa Sulung Baru Belajar Jaga Anak Sendiri - 3 Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gambar Google je..
Ya. Kalau ikutkan tajuk ini, memang benar. Yeop bukan tahu sangat bab menjaga baby sulung dari bapa sulung. (semestinya yeop okey)

Pengalaman ni berdasarkan kepada sendiri yang mengalami. Jadi, jangan samakan pengalaman anda dengan yeop okey.

*********

Kalau ikut kalendar Masihi, baby yeop telah dilahirkan pada 0x Mei 2019 jam 2.45 pagi di Hospital Shah Alam. Dan kami (dengan keluarga belah isteri) berpakat letak nama Firman.

Sebelum ni, yeop bukan suka baca buku sangat. Yap, masa yang terbuang banyak kepada Facebook dan Instagram. Dan ye, WhatsApp memang yeop tak layan.

Tapi bila jadi lain macam, mula blur. Ah sudah. Serius, buku panduan untuk bapa baru memang takde. Kalau ada pun, untuk ibu bersalin je.

Bila baby tu dah lahir, satu perkara pertama yeop buat.

Tanam uri baby.

Dengan bantuan bapa mertua, yeop telah menanamnya di tanah perkuburan berdekatan dengan masjid.

Selesai satu bab.

Berikutnya, lepas bawa balik baby dari hospital, mula satu cerita yang rasanya ramai tahu, tapi mungkin tak ambil tahu.

Menguruskan anak sendiri.

Dengan muka blur gila, asyik kena marah dengan keluarga dorang. Last2 entahlah, hadap jelah. Yap, itu tak cukup, ini tak cukup.

Senang cerita, tugas sebagai bapa sangat berat. Kena cari duit lebih untuk anak dan isteri. Kalau bolehlah, tak nak menyusahkan keluarga mereka. Tapi rasanya susah nak berterima kasih kepada mereka, walaupun rasa hati berat.

********

Setel musim pantang. 

Sekarang ni, barang keperluan baby bertambah dengan beratnya boleh dikatakan setiap bulan naik sekilo. Dari lampin New Born (harga jangan dikata, murah ke mahal ke tetap kena beli) sampai ke saiz S. 

Masa tu memang blur lagi, nak mula mana. Nak dukung baby, pujuk dia sampai dia selesa dan tidur. Yap, sangat memenatkan. Tapi kalau ibu dia, memang nak melekat je. 

Okeylah tu, dia nak dekat ibunya.

Lagipun yeop boleh katakan super hebatlah. 

Masa tukar lampin, kena belajar satu-persatu. Masa situlah pengalaman memujuk baby yang yeop susah nak lupa. Yeop dulu tak pandai nak bermain dengan dia, sekarang boleh bergelek-gelek. Haa gitu.

Alhamdulillah, semua benda ni tunjuk ajar isteri. Kalau dia tak sabar, dah lama biar je.

********

Perkara yang yeop rindu adalah bermain dengan baby. Yap, sebenarnya yeop tak pandai jaga dan bermain. Tapi biasalah, baby sendiri nak kenal bapanya, masa tu yeop ambil peranan untuk menghiburkannya. Walaupun bermain dengan perut dan pipi dia, cukup rindu dengan senyumannya. Biasalah, bayi kan. Dia nak orang hiburkannya. Nanti dah lama tak jumpa, rindu pulak.. hehe

Perkara yang yeop agak fail adalah memandikan baby. Tangan yeop sedikit licin, lagi-lagi kulit baby lembut. Kadang-kadang hampir termasuk dalam kolam. Tapi takpelah, kena belajar balik nampaknya.

*********

Sekarang ni umurnya 3 bulan. Banyak perkara yang yeop kena belajar, dan bakal tunggu pada masa akan datang. Harap-harap pengalaman ni terus diingati sampai bila-bila. Bukan apa, bukan semua orang berpengalaman sebegini. Kami rasa bersyukur kerana diberi amanah oleh ALLAH. 

Hanya ALLAH segala-galanya, bukan manusia sekeliling.

Cerita Bapa Sulung Baru Belajar Jaga Anak Sendiri bakal bersambung...

Ulasan

  1. wahhh belajar dari zero la ni ye? Takpe yeop. Biasanya yang noob macam ni lah slow slow belajar dan akan power nanti hhehehe.

    goodluck jadi bapa sulung! inshaaAllah moga dipermudahkan :D

    BalasPadam
  2. Tahniah yeop. Perlahan2 la belajar. Nanti boleh kongsi pengalaman dengan anak2 pula.
    Bapa memang tugasnya agak berat, jadi mohon bertabah! 😊

    BalasPadam

Catat Ulasan