Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Bermulanya Platform Asal, Tinggalkan Yang Lepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setelah hampir setahun bergelut dengan semua keadaan, yeop terus berpindah ke platform asal.

Tujuan asal bukan menunjuk, tetapi tidak melebihi keperluan.

Dahulu, susah nak ikut apa yang kita nak. Sekarang, kita akan tinggal kenangan saja.

Platform sebegini perlu belajar semula, hidup pun kena cari makan lebih (walaupun kena kejar dengan LHDN).

Punyalah sembang sampai ambil Freelancer Fotografer sampai boleh kumpul RM18,000 selama setahun, sedangkan declare gaji RM1.4k weh.

Rezeki tu atas diri sendiri, tak sapa nak nafikan. Tapi tak berapa kenan dengan tajuk sampah ni.

******

Ok dah, berbalik pada cerita asal. Tujuan yeop menulis pun sebab yeop dah lama tak menulis di blog ini. 

Lagipun tak penting kot kalau nak tulis, takde sapa nak baca. Lebih baik matikan hosting Wordpress, pindah semua entri ke blogspot ini.

Kurang sikit perbelanjaan tahunan.

Walaupun yeop hanya membayar RM110 setahun, tapi tiap-tiap hari kena jaga blog. Lepas tu, macam yeop cakap tadi, tiada mood nak tulis.

So, biarkan jelah.

Apapun terima kasih banyak-banyak kepada Pakar Hosting kerana membuat servis terbaik dengan harga murah, cuma domain memang tak boleh berunding. Naik tiap-tiap tahun weh. Takkan nak pakai domain blogspot kot.

Kalaulah naik lagi sampai sama harga dengan domain (dot)my, mungkin pindah domain ke situ pulak. 

Tengoklah keadaan.

Apapun kekal jelah dengan blog ini..

Ulasan

  1. Berapa harga domain yang naik tiap-tiap tahun tu? Registrar dalam Malaysia memang mahal sikit harga domain.

    Nak lebih murah, pindah ke registrar luar negara. Harga dalam USD tapi convert ke RM jauh lagi murah dari local provider.

    Harga naik turun pun ikut tukaran matawang USD-RM. Tetap lagi murah jugak.

    Recommended: Namesilo atau Cloudflare

    BalasPadam

Catat Ulasan