Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Dashing Deo + Perfume Body Yakinkan Jejaka Masa Kini


Dashing, satu jenama yang tidak asing lagi untuk jejaka atau lelaki yang menggunakannya. Yeop sendiri pernah menggunakan bedak Dashing semasa sekolah menengah dahulu.

Kini, Dashing kini seiring dengan peredaran semasa dengan memperkenalkan Deodoran dan Pewangi untuk badan anda.

Tahukah anda?
Dashing Deo + Perfume Body boleh tahan sehingga 880 semburan!
Dengan gabungan pewangi dan deodoran yang mempunyai 4 jenis warna yang berbeza, iaitu Hattrick (Biru), Ultimate Kick (Hitam), Speed (Merah) dan Hitman (Hijau), ia mampu bertahan sehingga 880 semburan.

Empat Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

• HATTRICK
- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

• ULTIMATE KICK
- Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

• SPEED
- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

• HITMAN
- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Setiap botol mempunyai bau yang berbeza. Yeop lebih suka wangian Hitman dan Ultimate Kick sebab ia taklah pedih sangat bila menyembur ke badan dan wangi pula tu.


Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.

Ulasan

  1. Sesuai dipakai oleh remaja sbb harga berpatutan namun wanginya sgt kekal lama n harum!

    BalasPadam

Catat Ulasan