Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

RichWorks Lancar Program Nak Ubah Hidup sempena Merdeka 2019


Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Azizan Osman.









Beliau terkenal sebagai Master Coach RichWorks yang berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di Malaysia, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.









Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.





Yeop berpeluang masuk dalam satu program besar-besaran, iaitu 10X Grow Your Business oleh RichWorks bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada 04 Mei 2019 lepas.





Yap, masuk dalam dewan penuh dengan keterujaan, penuh dengan pelbagai aura yang boleh membakar semangat semua peserta yang terlibat.









Dikatakan lebih 2000 peserta hadir untuk mendapatkan tips yang hebat dari Dr. Azizan Osman dan pakar mentor lain.





Apa yang best sangat, tips yang dikongsi beliau sangat bermanfaat kepada peserta yang hadir. Buku-buku yang beliau tulis sangat bermanfaat untuk mereka.





RichWorks Mahu Bantu 10,000 Orang untuk Ubah Hidup Sempena Merdeka 2019









RichWorks melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC).





Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh mereka.





Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.





Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul
menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa
berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan
konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan
mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung
beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.





Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.





Dijangka lebih 10,000 peserta hadir pada hari tersebut, mereka yakin ramai yang bakal berjaya dalam bidang keusahawanan dengan sekelip mata. Ia pasti program sebegini mampu mengubah cara hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.





Pendaftaran untuk Program Nak Ubah Hidup telah dibuka sekarang di laman web www.NakUbahHidup.com









Untuk maklumat lanjut, layari :





RichWorks International Sdn. Bhd





Website : www.richworks.com





Facebook : Azizan Osman Official Page





E-mel : inquiries@richworks.com.my





Hotline : 1300-88-2424


Ulasan