Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

ONEXOX Pelan Jimat Super Laju

Yeop memang ada guna ONEXOX sebagai pelan utama.

Nak tau sebab apa? Streaming video dan download movie laju sangat sampai terbabas.

Pendahuluan

ONE XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005.

ONE XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

ONEXOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Pakej Panggilan dan SMS ONEXOX


Pakej Panggilan dan SMS sangat menarik kerana ia mempunyai dua akaun yang berbeza, dengan kadar panggilan yang fleksibel.

Pakej Internet ONEXOX

Pakej Internet ONEXOX yang sangat berpatutan, dilimpahi dengan kelajuan tanpa had sehingga ke titisan kouta terakhir.

Pakej Internet dengan kesesuaian dengan anda, melimpah dengan kelajuan tanpa had.
Season Pass ONEXOX


Kepada anda yang ingin jimat, jangan risau. Mereka menyediakan pakej Season Pass yang boleh dibawa ke hadapan.

Tak cukup lagi? Anda boleh mengikuti Facebook XOX Malaysia untuk dapatkan pakej Season Pass Happy Hour.

Dengan pembelian Season Pass, anda boleh menggunakannya untuk guna dan langgan Internet atau panggilan atau SMS. Lebih jimat lebih bagus.

Kepada Pelanggan Baharu, Welcome Deal untuk anda!


Kepada anda yang sedang membaca entri ini, ONEXOX menawarkan pakej untuk anda yang ingin berhijrah ke ONEXOX.

Dengan pembelian pakej ini, anda layak mendapat 28 Bulan Tempoh Kredit (dan boleh dipanjangkan jika tambah-nilai minimum RM5)

Caranya? Mudah saja.

Beli di atas talian di sini atau scan kod QR di banner bawah untuk daftar, penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Pengalaman yeop menggunakan ONEXOX

Yeop memang sedang menggunakan ONEXOX sebagai talian asas. Yeop boleh streaming muzik, guna untuk membuat panggilan dan SMS seperti biasa. Takde masalah apa-apa.

Lagipun ia menggunakan rangkaian Celcom yang diyakini lebih luas berbanding telco lain, di mana-mana sahaja boleh melayari tanpa risau.

Kesimpulan

Masalah rangkaian itu biasa, tapi taklah seteruk seperti telco lain. Boleh guna sebagai talian utama, boleh buat panggilan, boleh guna Internet.

Bagi yeop, ONEXOX adalah satu talian yang menjimatkan poket yeop dan super laju.

Ulasan