Majalah Gila-Gila dah ada aplikasi deh..


Sebagai peminat Majalah Gila-Gila, satu perkara yang membebankan pembacanya adalah "mana nak dapatkan bukunya?"





Lagi-lagi dah tak ada buku keluaran pertamanya. Nak cari kat mana?





Baru semalam (01 Mei 2019), GG Digital dan Creative Enterprise Sdn Bhd melancarkan aplikasi Majalah Gila-Gila khas untuk peminat setianya.





Didapati di Google Play Store dan Apple App Store bermula sekarang, anda akan mendapat bacaan keluaran pertama (1 April 1978) sehingga terkini, dah tak perlu mencari di kedai lagi. Mudah didapati gitu.





Untuk anda yang tak tahu, Majalah Gila-Gila adalah majalah berbentuk satira yang mengetengahkan isu semasa dan politik di Malaysia, berselit juga dengan lawak tak henti.





Boleh dikatakan sebagai Lagenda sepanjang zaman sebelum datangnya Ujang.


Ulasan