Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Fakta Al-Quran yang Anda Kena Tahu


BACALAH WAHAI MUHAMMAD...





“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…" (al-Baqarah : 185)





Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah S.W.T menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w dan proses itu berterusan secara berperingkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang kita lihat dan baca pada hari ini.





Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.





Perkataan NUZUL bererti ‘turun’ atau ‘berpindah dari atas ke bawah’. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama Surah Al-Alaq yang berbunyi…





“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq : 1-5]





Al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia, menjelaskan yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta membezakan di antara yang haq dan yang batil.





Sabda Rasulullah s.a.w, “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan Sunnahku.”





Al-Quran berperanan sebagai sumber rujukan bagi umat Islam yang mengandungi banyak kelebihan sesuai dengan statusnya sebagai mukjizat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.





Antara kelebihan yang terdapat dalam al-Quran…





🌸Mengandungi 114 surah dengan 6236 ayat. Ia mencakupi 30 juzuk di mana setiap juzuk terbahagi kepada dua hizb (bahagian). Oleh itu sebanyak 60 hizb terkandung di dalamnya.





🌸Terdapat 2 kumpulan surah dalam al-Quran iaitu surah Makiyyah sebanyak 86 surah yang turun sebelum Hijrah, dan Madaniyah 28 surah yang turun selepas Hijrah.





🌸Setiap surah dimulai dengan kalimah Basmalah, kecuali surah at-Taubah, manakala an-Naml mengandungi dua Basmalah.





🌸Surah yang terpanjang adalah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Dan yang terpendek ialah surah al-Kautsar mengandungi 3 ayat. Manakala surah al-Ikhlas adalah satu-satunya surah yang di dalamnya hanya ada satu baris kasroh sahaja.





🌸Surah al-Fatihah adalah surah yang pertama kedudukannya. Dan surah an-Nas adalah yang terakhir berdasarkan turutan yang umum dalam Mushaf, bukan berdasarkan kepada turutan turunnya ayat.





🌸Setiap surah dalam al-Quran memiliki nama-nama khusus. Dan sebahagian surah pula memiliki lebih dari satu nama seperti surah al-Fatihah yang mengandungi lebih dari 20 nama antaranya, al-Fatihah, Ummul Kitab, as-Sab’u, al-Matsani, al-Kanz, al-Wafiyah, al-Kafiyah, as-Syafiyah dan lain-lain.





🌸29 surah diawali dengan huruf Muqatha’ah (Thoha, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Mim dan lain-lain)





🌸15 surah dalam al-Quran terkandung di dalamnya ayat Sajadah yang dihukumkan sunat muakkad untuk melaksanakan sujud tilawah ketika sampai pada bacaan ayat tersebut.





🌸Bilangan setiap pasangan perkataan disebut sama rata contohnya, dunia akhirat disebut 115 kali, syurga neraka 77 kali, malaikat syaitan 88 kali, hidup mati 145 kali, faedah rugi 50 kali, lelaki perempuan 24 kali dan bulan 12 kali manakala hari 365 kali bersamaan dengan kiraan hari dan bulan yang ada.





🌸Musa a.s. adalah nama yang paling banyak disebutkan, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam al-Quran.





SALAM NUZUL AL-QURAN





Sumber dari Facebook X-Mastika


Ulasan