Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Kamen Rider Heisei Generations Forever


Yeop baru dapat menonton filem Kamen Rider pada 30 Mac lepas, cerita tu agak menarik dan meninggalkan kesan mendalam pada peminat setia.





Bermula dari Kamen Rider Kuuga, ia meninggalkan sehingga 20 Kamen Rider di bawah legasi Heisei.





Tayangan bermula pada 30 dan 31 Mac 2019 secara terhad oleh TGV Cinemas (dan dengarnya ada tayangan lagi pada 6 dan 7 April ni) hanya satu pawagam saja yang menayangnya dengan tempat terhad.









Yeop pula dapat tengok dari AEON Mall Bukit Tinggi Klang (sebab Bukit Raja takde tayangan tersebut) jadi gigihlah pergi dari jam 6 petang semata-mata nak tengok tayangan tersebut.





Sinopsis





Seorang Jacker Masa yang berkuasa bernama Tid muncul dan mencipta dua pahlawan yang kuat, Satu lagi Double dan Satu lagi Den-O dan memerintahkan mereka untuk mengejar seorang budak lelaki bernama Shingo.





Walaupun Sougo Tokiwa cuba melindungi dia, dia bertemu dengan peminat Kamen Rider muda yang bernama Ataru, yang merendahkan kewujudan Kamen Riders.





Apa yang dia maksudkan?





Sementara itu, Sento Kiryu cuba untuk mengambil Tid sahaja, tetapi dicuci otak dan dimanipulasi oleh Time Jacker sebagai hasilnya.





Dengan misteri itu terbongkar, Sougo dan Sento menuju ke Gunung Kriogatake di mana mereka mesti menghadapi musuh sejati mereka.






https://www.youtube.com/watch?v=Bo90wtFHLyA




Review yeop





Sebagai peminat setia Kamen Rider, yeop sangat teruja dengan tayangan tersebut. Walaupun hati ini rasa nak pergi dengan bersesak di sana, tapi yeop gembira dapat menontonnya sehingga tamat. Bayangkan nak habiskan 100 minit dengan penuh aksi dan lagak yang biasa kita tonton dari televisyen dan atas talian, yeop rasa gembira.





Kali ini, filem tersebut telah "menyelamatkan" dunia dari kehancuran oleh pihak yang berkepentingan diri. Tanpa mereka, dunia akan hancur.





Tapi terkilan, filem ini adalah penamat bagi Kamen Rider Era Heisei yang mempunyai 20 Kamen Rider yang telah menceriakan penonton dan peminat setianya.





Dengan tamatnya filem ini, bermulanya era baharu dalam Kamen Rider.





Rating filem





Secara keseluruhan, yeop boleh bagi 8.5/10 berdasarkan jalan cerita, grafik, dan tribute kepada Kamen Rider untuk dunia.





Penutup





Tayangan sudah tamat pada 31 Mac 2019, dilanjutkan tempoh sehingga 07 April 2019, jadi apa lagi. Rebut peluang hanya sekali setahun di TGV Cinemas segera sebelum tiket habis lagi.


Ulasan