Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Berjimat dengan TuneTalk Unlimited Passes


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Yeop masih ingat lagi dengan telco U Mobile yang menawarkan Internet Tanpa Had hanya RM30/bulan.

Tapi biasalah, tak semua benda tu kekal. Kelajuan dia dihadkan kepada 3Mbps untuk semua apps termasuk YouTube, Joox dan Spotify. Tak dapatlah nak streaming dengan kualiti tinggi.

Tapi yeop ada jumpa satu telco yang bersaing dengan Onexox, Altel, Celcom dan Digi, iaitu TuneTalk (bukan ToneExcel ya..)

Mereka menawarkan pelan Internet 6GB serendah RM28. Tapi bukan itu saja, mereka pakejkan sekali dengan Sosial dan Chat Tanpa Had (UNLIMITED SPEED & QUOTA), 6GB Video Streaming (Youtube, Tonton, Viu dan lain-lain) dan panggilan tanpa had dari TuneTalk ke TuneTalk.


Bagi yeop, amat berbaloi dengan harga bawah RM30 dengan kouta dan kelajuan internet yang diterima. Yeop sendiri mencubanya sejak dua bulan lepas, dan yeop mendapat keputusan yang baik dan berpuas hati dengan telco ini.

Dengan kouta yang diberi sebegini, yeop sangat berpuas hati sebab yeop memang guna Facebook, Instagram dan WhatsApp dalam sebulan. Dengan pakej sebegini, yeop tak perlu risau dengan kouta habis disebabkan penggunaan Facebook dan WhatsApp.

Yap, yeop mengesyorkan guna TuneTalk kalau nak jimat-jimat gila pada kouta Internet. Tapi kalau nak lebih, anda boleh pilih pakej 10GB kouta Internet + unlimited call ke semua talian + unlimited music + Chat + Social + 40GB Video Streaming (Youtube, Tonton, Viu dan lain-lain) hanya RM48/bulan.

Selain itu, mereka juga menawarkan pakej harian serendah RM1 disertakan panggilan tanpa had ke TuneTalk.




Anda juga boleh melanggan Sosial Tanpa Had, Chat Tanpa Had atau Muzik tanpa had hanya RM1/hari.

Jadi, apa pilihan anda?

Untuk membeli simkad TuneTalk, anda boleh dapatkan di MyNews.com seluruh Malaysia dengan harga RM2.00, kemudian muat turun saja aplikasi TuneTalk di Google Play Store dan Apple App Store dan daftar sendiri di aplikasi itu.



Kemudian, anda scan kod bar di bawah atau masuk kod 06958227 semasa mendaftarkan diri ke aplikasi tersebut.

Nota : Pelan lama TuneTalk tidak termasuk dalam pakej baharu yang dinyatakan.

Ulasan

  1. murah pakej utk internet..tp takut kat kelantan line cam siput..hehe

    BalasPadam
  2. Kena terai ni.. Kot2 line bagus ke..

    BalasPadam

Catat Ulasan