Reka Rekaan Anda Sendiri dengan Custom.my

Ada Jawatan PIBG tu, Tolonglah Sekolah deh!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.





Dah lama nak menulis bab sakit hati ni. Tunggu ada mood baru aku bagitau pasal mak bapak yang ada jawatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.





Yap, aku dah lama nak cerita. Tapi pendam lagi bagus.





Tapi jugak, kalau aku tak cerita mesti jadi sakit hati. Jadi, aku nak cerita.





Kisahnya begini...





Biasanya kalau dalam mesyuarat PIBG setiap tahun mesti ada kes malu-malu kucing dalam bab jawatan. Tapi mereka juara bab mengata cikgu-cikgu makan kat tempat mewah dan semua benda ni berterusan sampai hari kiamat. Hajaq.





Dah dapat jawatan paksarela pun, kau reti-retilah tolong sekolah. Bukan nak menyusahkan sekolah. Dengan staf sekolah pun kau paksa jual kupon makan malam depa. Tak laku, paksa kena bayar kupon yang tak dijual kat depa. Hajaq.





Dah tak reti nak tolong sekolah, nak mesyuarat kau pun sekolah kena buat. Guru-guru dan staf sekolah kau jadi hamba kau buat begitu begini. Yap, ahli biasa takkan nampak 'kesusahan' guru-guru dan staf sekolah buat untuk kau, tapi tak reti ke nak ringankan beban kami dengan membantu sekolah.





Peranan kau sebagai ahli biasa dan ada jawatan tinggi PIBG bukan untuk dapat nama je, kau kena tolong orang bawah kau buat kerja. Tapi bab duit semua nak laju. Kau nak warga sekolah jadi hamba kau? Kau silaplah.





Aku dah perhati lebih 10 tahun bab PIBG sekolah. Semuanya drama jam tujuh malam yang menyusahkan semua orang. Nak buat mesyuarat pun, tengok hari jelah.





Kalau aktiviti sekolah, aku boleh terima lagi. Ni aktiviti kau, warga sekolah kena buat mesyuarat dalaman, letak nama ikut rasa depa asalkan ada yang buat kerja. Hari kerja biasa aku boleh terima lagi. Kau buat hari hujung minggu? Hajaq.





Lepas ni pulak, warga sekolah yang takde anak kat sekolah dipaksa bayar sumbangan atas nama PIBG. Yap, depa bleh letak ikut kepala kat sekolah, tapi mak bapak dorang bukan boleh dibantu pun.





Kalau bantu tularkan (viral) serah saja pada mereka. Pastu tag Kementerian Pendidikan, sedangkan kau boleh je tolong sekolah anak kau sendiri.





Kau tengoklah sekolah cina, bab pendidikan nombor satu. Sanggup belanja lebih semata-mata bagi anak dorang berjaya.





Anak kau? Berjaya jadi artis popular adalah. Sijil SPM tak laku pun boleh jadi artis, asalkan anak kau muka cantik dan kacak.





Yap, aku mengata kat mak bapak yang tak reti buat kerja, suka goyang kaki. Harapkan ada orang yang suapkan untuk korang.





Dah ada jawatan, tau-taulah nak buat apa kan?





Terasa? Ada aku kisah?


Ulasan

Catat Ulasan