Kisah Buku

Rasai Keenakan Juadah Antarabangsa di Royale Chulan Bukit Bintang - International Buffet Dinner


Setiap Hari Sabtu, Royale Chulan Bukit Bintang menyediakan juadah Antarabangsa dan Malaysia hanya di bawah satu bumbung, dengan harga berpatutan.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.





Baru-baru ini mereka melancarkan International Buffet Dinner di Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.





Pelbagai juadah dari dua kaum terbesar di Malaysia dan semestinya ada juadah dari Barat.





Yeop dijemput hadir bersama rakan-rakan blogger untuk merasai juadah yang disediakan oleh chef-chef di Royale Chulan Bukit Bintang.









Antara juadah yang mereka sajikan termasuk Mee Bandung Muar, Nasi Lemak, Ayam Goreng Berempah, Teochew Porridge, Kuey Teow Goreng, Roasted Lamb Leg with Puree Green Pepper Sauce dan pelbagai pilihan yang anda takkan pejam mata.





Bermula 12 Januari 2019, setiap hari Sabtu bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam sahaja, anda akan menikmati pelbagai juadah dari dua bangsa terbesar di Malaysia dan juadah dari Barat.





Mereka sentiasa menukar tema mengikut minggu yang ditetapkan, seperti sedia maklum mereka menukar tema setiap minggu untuk mengelakkan pelanggan setia tidak bosan dengan juadah yang sama.





Harga pula tidaklah mahal. Sehingga RM78.00* nett (dewasa) dan RM40.00* nett (kanak-kanak dan remaja), kiranya berbaloilah dengan juadah yang banyak dan boleh makan sepuas-puasnya.





*Termasuk enam persen (6%) Cukai Servis





Anda boleh menghubungi mereka di talian 03-2147 9898 untuk tempahan atau pertanyaan.






Ulasan

Catat Ulasan