Cara Salah Memilih Telefon Pintar (Smartphone)


Pemilihan telefon pintar yang salah akan mengakibatkan kos belanja belian dan baikpulih berkali ganda dari harga asal





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.





Ya, yeop dah mula menulis untuk tips pemilihan telefon pintar mengikut citarasa anda (dan yeop sendiri).





Pendahuluan





Telefon pintar (smartphone) dahulu boleh dikatakan sukar nak mendapatnya atas sebab harga yang tinggi dan spesifikasi yang amat rendah. Yelah, zaman telefon pintar dahulu tidak ada aplikasi permainan dan sosial yang ringan.





Kini, telefon pintar dikatakan lebih murah dari segi harga awalan dan spesifikasi yang disediakan oleh jenama terkemuka. Ada juga jenama biasa-biasa menawarkan harga yang sangat murah, tapi spesifikasi macam mana?





Ada juga pengguna mencari telefon pintar AP (Authorised Product) atau terpakai (second hand) dengan harga murah tetapi spesifikasi sesuai dengan bajet.





Jadi, sebelum anda membeli telefon pintar, pernah tak membuat semakan dari spesifikasi, jenama, waranti atau sekadar melihat harga yang murah sangat? Kebiasaannya pembeli akan melihat harga berbanding spesifikasi yang ditawarkan.





Biasanya yeop jumpa sebegini. Ini salah ye..





Cara Salah Memilih Telefon Pintar (Smartphone) yang anda selalu silap





Antara kesilapan yang sering timbul seperti berikut :





  1. Jenama - Ya, jenama sering kali kita melihat pada nama popular. Tetapi anda lihat beberapa model di bawah jenama, bukan model yang anda lihat di televisyen. Kadang-kadang jenama cikai pun ada dijual, tetapi spesifikasi macam tak sedap dilayan. Nak main YouTube asyik jem je.
  2. Memori dalam telefon pintar - Kebanyakannya spesifikasi pada telefon pintar diberitahu oleh penjual, tetapi bajet pun macam ciput je. Memori memainkan penting dalam pembelian telefon pintar (tidak kisah jenama popular atau cikai). Jika terlepas, anda bakal menghadapi beberapa ketika menggunakannya. Ada ke orang guna memori dalaman 8GB dan 1GB RAM sekarang ni? Lainlah anda seorang warga tua.
  3. Harga - Wau, ini bakal jadi popular berbanding jenama dan penggunaan memori dalam telefon pintar. Kebanyakannya jenama cikai akan menetapkan harga minimum RM400 untuk spesifikasi 1GB RAM dan 8GB memori dalaman. Tapi berbaloi ke menggunakannya untuk jangka masa panjang?
  4. Chipset - Kebanyakannya jenama cikai dan popular mengetengahkan pada chipset jenama Mediatek disebabkan harga yang murah berbanding jenama popular seperti Qualcomm dan Intel. Sebab itu Nokia One (1) harganya lebih kurang RM400.00 berbanding jenama Samsung Note 9 yang melebihi RM3000.00
  5. Sistem Operasi (Operation System - OS) - Kebanyakannya jenama murah adalah versi biasa-biasa (seperti Nokia Pisang - 8110 4G) hingga versi iOS (iPhone) dan Android (selain iPhone). Ada juga telefon pintar murah tetapi mengehadkan penggunaan pada terendah seperti Nokia Pisang. Peranan memilih sistem operasi kebiasaannya digunakan untuk penggunaan WhatsApp dan Facebook. Salah pilih sistem operasi juga menjadikan wang anda melayang begitu saja..




Tips memilih telefon pintar





Tips yang yeop boleh kongsikan kepada anda seperti berikut :





  1. Tujuan utama - Kadang-kadang kita tiada tujuan nak beli telefon pintar. Ada yang sekadar guna Facebook dan WhatsApp. Ada sekadar buat hotspot Wifi rumah, dan macam-macam lagi. Jadi, anda mesti ada tujuan untuk membeli telefon pintar kesukaan.
  2. Lihat pada Harga + Spesifikasi - Anda jangan melihat pada harga yang murah, lihat juga spesifikasinya. Sesuaikah dengan keadaan anda yang sukakan bersosial dan membawang dalam grup WhatsApp. Sekarang ni harga murah untuk spesifikasi tinggi. Pandailah kena cari di kedai telefon pintar.
  3. Ajak mereka yang pakar telefon pintar - Yap, orang yang pakar telefon pintar ada kelebihan untuk mengelakkan ditipu penjual telefon pintar. Ada sesetengah penjual mengambil kesempatan menipu pengguna dengan meletakkan harga tinggi untuk spesifikasi rendah. Ambil rakan anda yang pakar telefon pintar pergi dengan anda sekali.
  4. Jenama popular mudahkan tuntutan waranti - Sesetengah jenama popular menetapkan tuntutan waranti sehingga setahun, tetapi jenama cikai hanya menetapkan sehingga enam bulan. Jika berlaku kerosakan kecil, anda boleh menuntut waranti selagi tempoh waranti belum tamat. Jika sudah tamat, anda perlukan keluar sedikit wang di pusat servis yang diiktiraf jenama tersebut berbanding membaikpulih di kedai telefon pintar yang tidak diiktiraf.




Penutup





Pemilihan spesifikasi dan harga perlu seiring, supaya anda tidak menyesal menderma secara ikhlas kepada penjual telefon pintar. Biar mahal sedikit, asalkan memakainya dengan selesa untuk jangka panjang.


Ulasan

  1. Pasal chipset tu memang tak pernah ambil tahu la plak. Huhuhu. So far, iOs macam memudahkan hidup saya. Lain orang lain pendapat kan. Saya pun tak pilih jenama, sebab phone sekarang pun orang yang hadiahkan. 🤭😂

    BalasPadam
  2. saya beli telefon melihat kepada keperluan dan kemampuan..

    tak cukup duit terpaksalah beli setakat yang mampu sahaja

    BalasPadam
  3. wahh bagus artikel ni! kadang kadang ada orang main pilih je smartphone tanpa teliti terlebih dahulu. better tanya kawan or ahli keluarga yang pandai bab bab phone ni. kang beli mahal mahal tapi tak menepati citarasa.. merana badan haha

    BalasPadam

Catat Ulasan