Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61/2018 : Sayangi Malaysiaku

Sayangi Malaysiaku dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2018.

Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan seperti biasa pada 31 Ogos 2018 di Putrajaya. Hari Malaysia pula akan disambut 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.

Logo Sayangi Malaysiaku


Berikut merupakan logo rasmi yang akan digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara tahun ini.



Logo ini dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam

Rasional logo Sayangi Malaysiaku

Logo ini menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada rakyat Malaysia. Penggunaan warna-warna adalah berdasarkan Jalur Gemilang seperti merah, biru, kuning dan putih yang membawa maksudnya tersendiri.

Video Klip Kita Punya Malaysia



Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.

Ianya disambut besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Pada 31 Ogos 2018, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 tahun!

Ulasan