DairyGo Teh Tarik Sedap Diminum Senang Dibawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini di IDCC Shah Alam, satu produk Bumiputera telah dilancarkan di bawah DairyGo. Produk itu adalah DairyGo Teh Tarik.

Apa, teh tarik? Macam kedai mamak ke?

Haah, mereka melancarkan minuman teh tarik dalam paket mudah dibawa. Ala, macam paket Ribena tu.

Haa, ia bukan saja mudah dibawa ke mana saja, tapi ia mempunyai tarikh luput yang agak panjang (kebiasaannya setahun je).

Yeop telah mencuba minuman itu, rasanya sama macam minum teh tarik yang oder kat kedai mamak. Tapi paket ini adalah versi mudah disimpan dan mudah dibawa dan kurang manis.

[caption id="attachment_7306" align="aligncenter" width="744"] Fuh panjangnya tarik dia..[/caption]

Produk ini telah menerima tempahan yang luar biasa, terutama sekali nak dekat bulan Ramadhan ni. Bukan apa, ia boleh diminum waktu sahur dan berbuka dan boleh berkongsi bersama.

Anda boleh minum dalam keadaan sejuk atau panas, terpulang kepada anda yang inginkan kelainan pada minuman ini.

Jadi, tiada alasan kiranya jika anda terlepas waktu berbuka puasa atau hampir-hampir waktu imsak. Ia kerana boleh diletakkan di kenderaan anda jika anda mengalami kesesakan lalu lintas (selain kurma atau roti).

[caption id="attachment_7305" align="aligncenter" width="744"]Oh ye, yeop mula sukakannya. Heheh Oh ye, yeop mula sukakannya. Heheh[/caption]

Harga yang ditawarkan adalah RM4.00 untuk satu pek (200ml). Buat masa sekarang boleh didapati secara online melalui instagram rasmi DairyGo @dairygo_.

Pihak DairyGo juga mempunyai perancangan untuk memasarkan produk ini di kedai dan pasaraya yang ada di Malaysia seperti 7-Eleven, Giant, Petronas dan sebagainya.

Produk Teh Tarik ini adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh DairyGo untuk tahun ini dan merancang untuk mengeluarkan produk lain seperti susu kurma dan sebagainya.

Ulasan