Kisah Buku

Traktor Ambil Alih Tukang Sapu di China

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaannya, tugas menyapu sampah-sampah ringan seperti daun yang luruh dan sampah di tepi jalan diberikan kepada tukang sapu yang dibayar oleh Majlis Perbandaran dan Daerah.

Di China pula, tugas mereka diambil-alih oleh traktor kecil yang diubah-suai menjadi traktor penyapu sampah.

traktor-sapusampah

Nampak macam ketinggalan zaman, kerana ia menggunakan enam belas (16) penyapu dari buluh yang bersambung dengan cakera besi di belakang traktor itu yang direka untuk membersih jalan.

Ia berputar tiga ratus enam puluh darjah (360°) dan menyapu di tengah-tengah jalan raya yang melaluinya.

traktor-sapusampah-3

Ia boleh menyapu di tepi jalan hanya melalui di sana.

traktor-sapusampah-4

Ia boleh berjalan sehingga 20 kilometer sehari, bersamaan dengan 20 orang tukang sapu yang ditugaskannya setiap hari.

Laporan dari Facebook CCTV News.

Ulasan

  1. Manusia tak payah bekerja goyang kaki saja biar mesin yang bekerja.

    BalasPadam
  2. serius nampak cool traktor tu huhuh

    BalasPadam
  3. hebat sebab ia digunakan pada zaman dulu.

    BalasPadam
  4. yap. tapi mesin itulah buat manusia malas bekerja.

    BalasPadam
  5. wahh, semakin canggih dan memudahkan

    BalasPadam

Catat Ulasan