Kisah Buku

Terima Duit Berdakwat? Jangan Terima!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

duit-dakwat-rompakbank

Tiap kali kita membeli belah, kita sering kali menerima duit not berdakwat. Jika ya, jangan terima!

Untuk pengetahuan anda, jika anda menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau di mana-mana harap anda jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.

Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut, apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya.

Harap anda semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil. Sila sebarkan untuk manfaat bersama.

Sumber dari Facebook Sahabat Halal

Ulasan

  1. Terima kasih yeop.. Saya take note.. Sebab keja. Memang terima duit dari customer hari2

    BalasPadam
  2. Serius tak pernah nampak pun duit macam ni penuh dengan dakwat

    BalasPadam

Catat Ulasan