Kini Blog Yeop Ada Nama Sendiri...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog

Setelah semalam yeop telah menukar link blog KhairilMazri.com kepada YeopMaz.com, pada malam itu juga yeop sedang memikirkan untuk menjenamakan semula nama blog yeop.

Projek pertama ini memerlukan masa dan ruang untuk memikirkan jenama yang yeop bawa untuk blog ini.

Setelah yeop menggunakan jenama Ceritaku Di Mana-Mana Saja hampir tujuh (7) tahun sehingga 2014, yeop menukar nama blog kepada Khairil Mazri Dot Com dan telah digunakan dari tahun 2014 sehingga semalam (08/08/2015) dan menukar link kepada YeopMaz.com dan dijenamakan sebagai Yeop Maz Dot Com.

Kemudian, yeop mula menggodek semula entri lepas dan yeop menyemak semula. Yeop berfikir, alangkah bagus kalau yeop menggunakan jenama berdasarkan jenama terdahulu.

Yeop cuba bina dengan hanya empat (4) perkataan saja.

Dan akhirnya, yeop mempunyai jenama sendiri iaitu Yeop Maz Cerita Pasal...

Pada mulanya yeop nak letak Yeop Maz Bercerita Pasal... tetapi bunyi sangat pelik. Jadi, yeop membuat keputusan kepada jenama terbaharu ini.

Sebutan pun tak pelik bukan.

Jadi, terimalah jenama terkini yeop :)

P/s: ada pengomen dalam blog ini menyatakan "dah bleh buat duit domain tu walaupun update 1 artikel 2 mggu". Doakan saja untuk yeop, InsyaAllah yeop bakal merealisasikan impian yeop dan pembaca semua :)

Ulasan

  1. alhamdulillah.

    memang dirancang sejak beberapa hari lepas. kini telah merealisasikan impian yeop. huhu

    BalasPadam
  2. ohh..

    dah tukar domain baru eh..

    BalasPadam
  3. sebenarnya yeop buat untuk mudah orang menyebutnya.

    kalau panggil Khairil Mazri pun takde sapa kenal.

    panggil yeop ramai kenal.

    jadi, begitulah ceritanya. huhuhu

    BalasPadam
  4. domain dan jenama baru.

    mudah orang menyebutnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan