AddToAny Plugin Whatsapp Untuk Wordpress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

[caption id="attachment_3596" align="aligncenter" width="800"]Plugin AddToAny Plugin AddToAny[/caption]

Dulu kita hanya berkongsi di Facebook dan Twitter tetapi sekarang, semuanya di hujung jari anda. Benda yang baik memang elok dikongsi bersama, benda yang buruk perlu jadikan sempadan. Eh melalut pulak yeop cakap.

Sekarang Whatsapp menjadi platform paling mudah untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat yang kita kenal. Seperti perkongsian melalui blog, apabila kita dah baca entri kemudian ingin berkongsi melalui Whatsapp, tapi tak ada butang kongsi. Nak tak nak mereka terpaksa copy-paste link blog ke Whatsapp. Kini anda tidak akan buat kerja itu lagi kerana yeop nak ceritakan mengenai plugin Wordpress khas untuk Whatsapp.

Anda mungkin perasan di atas dan bawah entri mempunyai butang kongsi dengan pelbagai aplikasi termasuk Whatsapp. Ia sebenarnya menggunakan plugin yang yeop baru cari di Enjin Google pagi tadi. Yeop dah terjumpa plugin AddToAny.

Plugin ini memang sesuai kepada semua platform seperti Blogspot, Wordpress.org, Wordpress.com dan Tumblr kerana di situ boleh kita menyenaraikan apa-apa platform yang biasa kita guna untuk dikongsi melalui aplikasi dengan mudah. Lagipun untuk Wordpress.org, penggunaan plugin yang mudah tak perlu memikirkan koding untuk dimasukkan dalam blog kita.

addtoany2

addtoany3

Cara mengisi AddToAny menggunakan Wordpress.org:

1. Login ke papan pemuka anda.

2. Muat Turun dan Install plugin Share Buttons by AddToAny secara percuma.

3. Selepas aktifkan plugin, pergi ke Setting > AddToAny > pilih butang kongsi yang anda suka seperti WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lain kemudian klik simpan.

4. Bergembiralah untuk berkongsi kepada semua pembaca.

Diharap perkongsian ini akan berterusan kepada pengguna Wordpress. InsyaAllah. Sekian saja penulisan yeop hari ini. Wassalam

Ulasan

  1. terima kasih dengan info ni.

    BalasPadam
  2. Noor Azlin @ Bizznurse8 Januari 2015 6:59 PTG

    Menarik, lagi senang nak share kat whatsapp (bila guna mobile browser). Takyah copy link dah . Send jer !

    BalasPadam
  3. belum ada peluang lagi untuk guna applikasi whatsap

    BalasPadam
  4. kan... boleh cuba sekarang ni. :)

    BalasPadam
  5. mesti ada peluang, cuma nak ke tak nak je. huhu

    BalasPadam
  6. Bagus juga ni...senang nak share dalam group whatsapp nanti

    BalasPadam
  7. sekarang juga saya install :)

    BalasPadam
  8. pergh!, untuk whatsapp pun ada. terbaikla.

    BalasPadam

Catat Ulasan