Tips Mencari Idea Gaya Blog Yeop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

journal bleu

Lama sangat tak tulis entri mengenai tips dan cara kerja yeop buat di blog ini. Rasanya mungkin ramai cari benda ini. Idea sebenarnya datang dari beberapa cara, setiap blogger mesti ada idea tersendiri. Begitulah dengan yeop. Ingat senang ke nak buat entri cik abang adik akak oiii...

Dah, meh yeop turunkan tips yang sering yeop gunakan semasa menulis entri.

1. Internet.

Bacaan di internet adalah paling mudah di dunia. Hanya taip apa yang anda inginkan dan keluarlah isi di enjin carian popular. Contohnya anda ingin cari sejarah Kesultanan Melayu Melaka (budak sekolah menengah bakal cari ini sebab bakal masuk kertas peperiksaan awam) di Enjin Carian Google, terus keluar dari situ. Boleh kopi-pasta masuk Microsoft Word untuk tugasan. Betul bukan? Kesimpulannya, semuanya di hujung jari saja.

2. Buku

Ini yang jarang-jarang-jarang diselongkar oleh semua pengguna sebab semuanya ada komputer berkuasa internet. Tapi kalau dalam internet tak jumpa, anda wajib pergi ke perpustakaan awam di sekitar anda dan apa lagi, ambil baca dan taip. Bukan apa, hampir 90 peratus dari laman internet menggunakan bahasa inggeris, hanya 1 peratus saja menggunakan bahasa melayu. Jadi, nak tak nak anda perlu cari bahan di buku. Kalau anda sanggup belanja lebih bolehlah beli buku terus dan baca saja.

3. Sembang

Kalau anda tidak jumpa apa yang anda nak, apa kata ringankan mulut anda bertanya kepada orang yang kita kenali. Alah, anda tahu bukan. Sekarang laman sosial seperti Facebook dan Twitter boleh sangat terus tanya di situ. Kalau ada jumpa yang boleh sembang, dia cakap terus tak belok-belok. Kalau tak berkesan juga, cubalah tanya secara luar talian seperti bertanya kepada sahabat handai, ibu bapa, kekasih atau suami-isteri atau orang terdekat kita. Bukan apa, kalau banyak tanya ilmu terlampau banyak di kepala anda. Lagipun persahabatan kan satu ibadah. Kan kan kan...

4. Berjalan-jalan ke tempat santai

Wah, ini memang menggunakan kos yang tinggi tetapi betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman. Betul, kita yang tak tahu jalan boleh gunakan Waze untuk pergi bersantai di mana anda inginkan. Kalau nak ke pantai boleh pergi ke Port Dickson. Kalau nak cari tempat bersejarah pergilah ke Melaka. Kalau nak ke bandar bolehlah ke Putrajaya. Jadi, ada modal bolehlah bersama tersayang atau keluarga.

Ini cara yeop cari idea. Cara anda pula bagaimana?

Ulasan

  1. Kadang-kadang kalau ide datang semasa jauh dari komputer,seperti yang yeop tuliskan semasa bersantai.

    BalasPadam
  2. yeop tulis entri pun berdasarkan idea yang jauh dari komputer. Dah terlintas nak buat, terus buat saja.

    BalasPadam
  3. biasanya lepas tengah malam..memang banyak idea masuk.

    BalasPadam
  4. Nak dapat idea, kena rajin membaca. Tak kiralah buku, ebook mahupun blog orang lain. Nanti datanglah idea tu.

    BalasPadam
  5. Selalu buat tapi dah lentok nak tido, tido sajalah. Huhu

    BalasPadam
  6. Kan yeop dah cerita kat atas...

    BalasPadam
  7. kadang2 dah ada idea tapi,, tapi rasa malas la plak nak taip.. hehehe

    BalasPadam
  8. Kena ada makanan depan mata baru idea mai mencurah-curah :)

    BalasPadam
  9. nice tips. fyna pun baru ada mood nak menghadap blog. ^_^

    BalasPadam
  10. yang nombor 2 je yang saya sangat-sangat jarang buat yoep. Sebab saya bila membaca tulisan atas kertas ni... masalah sikitlah.. hahaha... lagipon banyak juga entri yang saya hasilkan adalah dari terjemahan dan ulasan dari laman web english.

    BalasPadam
  11. sekarang ni pun aku dah masuk musim kering idea nak menulis

    BalasPadam
  12. Thanks... mengembalikan idea untuk terus menulis... dulu-dulu ada buat jadual dalam microsoft excel untuk menulis entry di blog...sekarang agak malas sikit...tambah-tambah bila niche blog dah menyimpang dan jadi merapu... sekarang ni rasa bersemangat balik.. insyaAllah... semoga yoep terus terusan memberi idea...

    BalasPadam
  13. Saya pula suka luangkan berinternet masa waktu pagi, lebih mudah untuk mendapat idea.

    BalasPadam
  14. Macam saya jenis tengok sekeliling ataupun tengok perangai manusia boeh dapat ilham jugak..
    Selalu naik LRT tengok perangai orang yang naik..
    Banyak sangat..
    Hehehehe..

    BalasPadam
  15. tips yang berguna ni...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

    Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  16. tips yang bagus ni...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

    Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  17. Salam singgah, entri yang menarik.

    BalasPadam

Catat Ulasan