Kisah Buku

Bila Blog Terkena Malware

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, yeop masih sihat seperti biasa dan biasalah hari ahad bangun lewat sebab yeop tengok cerita The Mummy Returns di TV2 malam tadi. Bolehlah layan cerita tu, cerita itu mengisahkan pasangan suami isteri dan anaknya bereksporasi ke Mesir untuk mencari harta karun dan dibawa ke London, tetapi Alex secara tidak sengaja memakai gelang berbentuk kala jengking di tangannya. Ramai orang jahat memburu mereka untuk mendapatkan harta itu. Lepas tu... (yeop lupa.)

Dah dah dah, yeop nak cerita benda lain sebenarnya. Adeh...

Sebenarnya semalam blog yeop terkena malware disebabkan yeop simpan lama sangat spam dalam kotak spam, dan akhirnya tak mengena termasuk malware di browser Opera, tapi Chrome dan Firefox okey pula.

malware malwarechrome

Yeop terus rujuk kepada tuan punya hosting Abdur Rozak (Hosting Rajawali) untuk mengenalpasti kenapa ia boleh jadi begini. Beliau beritahu bahawa Google Webmaster tidak kesan malware yang dikesan oleh browser Opera.

yandex

Macam tulah beliau ceritakan, memang yeop tak paham. Kemudian beliau masuk plugin antivirus dalam blog yeop, namanya Wordfence. Ia boleh mengesan login dan komen melalui internet protocol (IP) dan akan dihantar ke emel jika dikesan login di tempat lain.

wordfence

Setakat ini blog yeop dah tiada malware di browser Opera. Jadi blog yeop dah bersih sepenuhnya, tapi yeop berjaga-jaga juga mana tahukan kot-kot datang balik.

Alhamdulillah, hanya beberapa jam saja ia tiada malware. Hehe apapun yeop sangat mengesyorkan antimalware ni.

Ulasan

  1. Zumal singgah dr blog Mia Liana... Zumal pun pernah kena malware oleh kerana tak tahu cara nak hilangkannya zumal buang semua blog list yang ada dan semua komen. Hehe :)

    BalasPadam
  2. kalau awk pengguna blogspot, ia terkena pada widget yg kita termasuk dalam blog. sebab tu berjaga-jaga bila masuk widget dalam blog.

    BalasPadam
  3. Baru-baru ni blog sy kena VIRUS TROJAN. Hahahaha.

    BalasPadam
  4. memang tak senang dibuatnya kalau kena malware. Dulu ada install opera ni tapi uninsntall balik. haha

    BalasPadam
  5. opera setakat ni ok saja, cuma bila nk muat turun guna IdM saja bermasalah sikit.

    BalasPadam
  6. Nasib baik semua dah ok Yeop.. Harap takde masalah ni lagi pada blog Yeop atau blog sendiri.. :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah setakat ni oklah. skang yeop kena jaga2 saja.

    BalasPadam
  8. bahaya jugak ni kalau dah terkena

    BalasPadam

Catat Ulasan