Tukar Tayar Bila Dah Botak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

HondaAccord1984


Alhamdulillah, hari ini yeop sangat sihat sangat dan dipanjangkan umur untuk teruskan hidup di dunia ini :)

Beberapa hari lepas yeop bawa kereta ke Taiping untuk pergi jumpa sahabat di sana. Semasa yeop bawa kereta, yeop rasa macam lain macam je. Dashboard dan stereng bergegar walaupun bawa dalam 60 kilometer sejam. Alhamdulillah, yeop sampai rumah dengan selamat.

Pada hari semalam adalah kenangan yang sangat yeop ingat, iaitu tayar kereta dah rosak!

Semalam yeop takde niat nak bawa kereta tapi rasa nak bawa juga ke Kampung Ganda Temengor Gerik (tempat yeop kerja) pergi balik. Bila nak balik ke rumah, yeop kebetulan nak pergi pekan Gerik. Bila nak parking kereta rasa lain macam, senget sebelah kiri. Yeop terus keluar kereta dan tengok kat tayar depan.

Ya-Allah, dah rosak!

Mujurlah kedai tayar berdekatan dengan tempat parking, dan kebetulan ada duit sedikit untuk tukar tayar. Bila sampai kedai tayar yeop terus kata "bos, tukar tayar depan kiri tu!" Dah keluar tayar untuk ditukar, yeop cakap dalam hati "Ya-Allah, mujurlah aku sampai di sini"

rosak

Dah siap tukar tayar baru dalam RM163.00, kiranya murah sangat tu. Mujur cukup duit nak bayar kat tokey. Akhirnya, kereta yeop takde dah gegar stereng dan dashboard. Bulan depan pula tukar tayar depan kanan pula. Kedai yang sama.

Jadi, yeop dah set di minda. "Jika berlaku gegar pada stereng dan dashboard siap sedia dengan duit anda"
Trivia: Tayar kereta yeop sebenarnya dah hampir 4 tahun tak tukar. Sebab tu yeop rasa lain macam je.

Sekian, Wassalam

Ulasan

  1. Mujur selamat. Alhamdulillah dan beringat sebelum kena :)

    BalasPadam
  2. kalau rasa lain je...cepat la pergi check kat bengkel...haa, mujurlah tak jadi apa2...

    BalasPadam
  3. ermmm..kete aku rim 17..kopak klu jd camnie..huhu

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, yeop buat sujud syukur banyak kali. :)

    BalasPadam
  5. tulah, mujur yeop sedar semalam. walaupun dah habis duit tapi yeop sangat bersyukur kerana yeop selamat pergi balik.

    BalasPadam
  6. tulah, sebab tu yeop tak upgrade ke 17 inci. fuh.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya tak boleh tunggu botak baru tukar..hehe

    Apa2pun alhamdulillah takde apa2 kan

    BalasPadam
  8. kena bawak tayar spare part ni, takut tayar pancat kat tgh jalan..

    BalasPadam
  9. huhu yeop tak sedar sebenarnya. sebab tu yeop tau bawa je

    alhamdulillah, nasib masih menyelebahi yeop :)

    BalasPadam
  10. ada bawa tapi dah dekat dengan kedai tayar, terus buat jelah.

    BalasPadam
  11. Tayar haus dalam memang berbahaya Tunggu masa sahaja untuk meletop.

    BalasPadam
  12. yeop memang dah jangka sebenarnya, tapi kebetulan semata-mata. sampai paking kereta ternampak kerosakan teruk di tayar depan.

    BalasPadam
  13. hehe blom lagi nampaknya. ada lagi yg blom setel. :)

    BalasPadam
  14. Alhamdumlillah bro sedar tayar dah rosak, kalau tap perasan dan jalan jauh memang bahaya sangat ni.

    BalasPadam
  15. sebenarnya bawa kereta jauh terasa begini.

    BalasPadam

Catat Ulasan