iPhone 5C Pilihan Yeop!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

[caption id="attachment_2683" align="aligncenter" width="600"]Yeop di #SBBYEOS2014 Yeop di #SBBYEOS2014[/caption]

Sudah hampir sebulan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 berlalu. Penganjuran telah dilaksanakan oleh Denaihati Network dianjurkan bersama Yeo's MalaysiaOceanlife2uLazada Malaysia, Al-Ansar Health, MYNIC BerhadSegi Seri Sdn BhdUmmi Umairah dan iLuvTour (photo & video) sangat meriah masa hari tersebut. Anda masih ingat dengan cerita yeop dulu, berkenaan yeop telah mendapat gajet iPhone 5C yang yeop sangat idamkan sejak dulu lagi.

Baiklah, bila yeop ditakdirkan untuk menjadi pemenang mengira kad bisnes / blogger di Saloma Bistro Kuala Lumpur bulan lalu, yeop berasa terkejut dengan kemenangan yeop sehingga menitis air mata kerana bersyukur mendapat apa yang yeop inginkan selama ini. Bila diberi penghargaan semestinya ramai akan ingat dengan kenangan tu, sehingga sekarang. Macam menang Oscar! (tu Hilal Azmi cakap!)

yeop


iphone5csbbyeos2014


Untuk pengetahuan semua, selepas yeop balik dari KL Sentral yeop simpan iPhone sampai balik ke rumah. Kalau ikutkan buka dalam kereta saja, tapi memikirkan kena cas bateri dulu, yeop buat terus ke rumah.

Selepas mendapat iPhone 5C kesukaan yeop teruslah masuk simkad dalam handphone tu. Bayangkan bila nak masuk simkad macam potong pokok untuk ditebang! Masa yang diambil untuk buat simkad saja hampir 3 jam, balik rumah terus godek.

iPhone 5C

[caption id="attachment_2684" align="aligncenter" width="614"]Photo0482 Pakej Penuh iPhone 5C[/caption]

[caption id="attachment_2685" align="aligncenter" width="600"]Susah nak masuk Susah nak masuk[/caption]

Seterusnya yeop terus mencuba iPhone ini. Dari pengamatan yeop kali pertama menggunakannya, rasa lain sedikit sebab bila yeop berpindah dari Android ke iOS jadi keliru sedikit. Yeop terus mencuba sampai boleh digunakan sepenuhnya.

Setelah beberapa minggu menggunakan Samsung Galaxy S3, yeop buat keputusan untuk menggunakan iPhone sepenuhnya untuk menggunakan Facebook dan Tunein Radio sepenuhnya.
Trivia: Sekarang yeop ada 4 telefon iaitu Nokia Asha 202, Alcatel OneTouch Glory 2S Pro, Samsung Galaxy S3 dan iPhone 5C. Sesiapa nak suruh yeop jual handphone semua, minta maaf ya. Yeop takkan jual!

Semasa pendaftaran untuk Apps Store agak sukar kerana jika anda tidak ada kad kredit atau kad debit, tidak boleh akses untuk Apps Store. Sangat betul. Dalam Apps Store pelbagai aplikasi boleh dimuat turun, tapi anda kena ingat dalam App Store tiada yang percuma. Sebab tu perlu ada kad kredit atau kad debit baru boleh dimuatturun. Tapi, ada juga yang percuma seperti Facebook, Twitter, Instagram, Klout, WordPress dan lain-lain.

Nota: Yeop sukar nak berpindah gambar dari iPhone sebab bluetooth tak detect antara laptop yeop. Mungkin tidak serasi dengan Windows.

Setelah beberapa hari menggunakannya, yeop terus pakai sarung sebab tiada sarung jadi bogel saja. Jadi yeop cari di kedai-kedai jual aksesori dan yeop dah beli sarung yang sesuai dengan iPhone.

[caption id="attachment_2688" align="aligncenter" width="614"]Sarung iPhone Sarung iPhone[/caption]

Penggunaan bateri iPhone sedikit sebanyak boleh tahan, kiranya jika penggunaan banyak di luar boleh sehingga sehari. Jika tidak menggunakan langsung bertahan sehingga 3 hari walaupun buka wifi.

Sekarang, iPhone yeop masih sihat sejahtera. Yeop masih belajar menggunakan iPhone sebab yeop memang suka belajar sesuatu benda baru. Jadi, yeop sangat beruntung kerana mendapat hadiah dari tuan Denaihati yang yeop sangat hormati.

Jika membuat perbandingan antara iPhone 5C dengan Samsung Galaxy S3 dari segi kelajuan, iPhone masih kehadapan. Tapi yeop masih guna 2 handphone ni. Kan yeop kata takkan jual. hehehe

Rasanya ini review ringkas bergambar untuk kali ini. Maaf tidak dapat berkongsi apa yang ada dalam iPhone ini disebabkan ketidakserasian dengan laptop yeop.

Sekian wassalam

Kemaskini 26/03/2014 jam 10.40 Malam.

Yeop dah backup gambar dari iPhone menggunakan Google+ yeop. Jadi, bolehlah yeop berkongsi layout yang digunakan dalam iPhone 5C

[gallery link="none" ids="2702,2701,2700,2699,2698,2697,2696,2695,2694,2693"]

Ulasan

  1. yeop memang inginkan iPhone cuma tak biasa sangat guna tu. last2 oklah tu

    thanks ena :)

    BalasPadam
  2. review ringkas iphone di hari rabu yg panjang berjela tuh . Setiap gadget tu ada kelebihan dan kekurangannya yeop . betul ! harta jgn di jual . buat koleksi jer . bab gambar tu , klu ada tablet , kuarkan jer memory kad drp iphone masuk ke dlm tablet . tu yg sis buat pada bbm ke tablet 7 sbb saiznya yg sama . sis iphone 7 kot baru merasa sbb suka dgn angka 7 tu ...

    BalasPadam
  3. hehe peringatan ya, hari ini takde hari rabu tanpa kata. hehe

    iphone takde memori kad akak. bila nk transfer guna bluetooth jadi masalah pula. ermmm

    BalasPadam
  4. nak pinjam blh yeop?? hahaha

    BalasPadam
  5. Kalau sudah guna iPhone akan Android tidak pandang lagi. :-)

    BalasPadam
  6. amboi... nnt yeop nak pakai apa? :p

    BalasPadam
  7. yeop plak pandang 2 skali. seee :D

    BalasPadam
  8. dalam usaha nak dapatkan iPhone 5 nie hehehe..
    dpt percuma macam bro mmg bertuah sgt tahniah

    BalasPadam
  9. terima kasih bro. hehe syukur sangat :)

    BalasPadam
  10. mohd rasul abu hanipah28 Mac 2014 12:11 PG

    hehe puas ati guna iphone ni. dari segi kepantasannya memang no.1 dan lebih esklusif

    BalasPadam
  11. Memang dah nasib yeop dapat iphone tu. dan org yg berusaha bersunguh-sungguh. Org yg berusaha mesti dapat hasilnya. :)

    BalasPadam
  12. kalau nak eksklusif iPhone 5S. baru mantap :D

    BalasPadam
  13. Terbaik dan beruntung. Banyak juga gadget hang noh :P

    BalasPadam
  14. memang rezeki yeop dapat iPhone5C hari tu...mula2 memang la kekok sikit sebab da terbiasa guna Android kan...lama2 nanti tu OK la kot dengan iOS...:D

    BalasPadam
  15. yeop ni gila gajet. semua yeop nak, cuma bajet takde. huhu

    BalasPadam
  16. sebenarnya yeop jemu tengok Android. sebab tu yeop nak iPhone 5C. hehe

    BalasPadam
  17. lama2 nanti...mesti serasi iphone tu ngn yeop

    terima kasih yeop sudi berkongsi kegembiraan

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, cuma mengambil masa nak serasi dengan yeop.

    BalasPadam
  19. alhamdulillah iphone ni impian yeop sejak keluar dulu. sekarang masih guna lagi sebagai hp utama. hihi

    sabar bro, ada rezeki nanti. cuma lambat dan cepat je.

    BalasPadam
  20. Tahniah! Alhamdulillah rezeki. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan