Sedikit Penghargaan, Sejuta Kebanggaan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini yeop pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak untuk berjumpa dengan Tuan PPD sendiri.

Sebenarnya yeop tak sangka, bila melihat surat tu, yeop rasa takut-takut walaupun yeop tak buat salah apa-apa.

Yeop pergi juga akhirnya.

Dengan berpakaian Baju Melayu bersampin, yeop gagah jugak bersama rakan-rakan sepejabat.

Selepas kami semua habis baca Yaasin berjemaah, timbalan PPD selaku Pengacara Majlis menjemput kami semua menerima sijil penghargaan.

Baru yeop tau sebab apa.

Yeop suka buat kerja dalam talian (online) pun diberi sijil penghargaan dari Tuan PPD sendiri.

IMG_20140124_140908

Sebenarnya yeop menolong pegawai di PPD untuk sistem HRMIS dan sebab tu yeop tak kesah kerja hari sabtu dan ahad.

DSC_0013

Alhamdulillah, yeop rasa dihargai oleh pejabat tu, berbanding di sekolah yeop kerja sekarang ni. Biarlah yeop rasa penat asalkan yeop rasa bangga dengan pencapaian yeop sendiri.

Akan datang, yeop kerja macam biasa, di tempat yeop kerja sekarang sampai yeop pindah jauh ke tempat kerja baru yeop.

Oklah yeop tutup cerita. Wassalam :)

Ulasan

  1. alhamdulilah.. sekali lagi tahniah.. yeop khairil cikgu yer ?

    BalasPadam
  2. terima kasih acik.

    yeop hanya juruteknik komputer saja, guna sijil SPM je :)

    BalasPadam
  3. pehh..tinggi songkok tu ehh..

    BalasPadam
  4. tahniah.. tuan khairil Mazri

    BalasPadam
  5. Tanniah, penyuntik tonik motivasi diawal tahun 2014.

    BalasPadam
  6. Bagus - bagus. kerja bila ikhlas, insya Allah ada balasan yang baik menunggu

    BalasPadam
  7. sangat berbangga dengan diri sendiri. :)

    BalasPadam
  8. sangat betul.

    yeop sendiri tak kesah apa nak diberi, janji ikhlas dlm setiap kerja :)

    BalasPadam

Catat Ulasan