Pesta Makanan Tradisional Lenggong Sangat Meriah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pesta makanan tradisi lenggong


Semalam adalah berakhirnya Pesta Makanan Tradisional di Dataran Lenggong. Ia sebenarnya bermula pada 10 Januari lepas.

Pesta ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, dan anak jati Lenggong.

Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Seri Shamsul Anuar bin Nasarah, Adun Kenering Toh Shahbandar Ulu YB Mohamad Termizi bin Idris, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

IMG_20140111_114613


Aktiviti yang berlangsung semalam sangat meriah dengan aktiviti bergotong-royong dari seluruh kampung sekitar Lenggong, memasak masakan kampung yang semestinya menguja saya dan rakan blogger lain, seperti Hasrul Hassan, Yanty.my, Catatan Sue Izza, Fuh.my dan mdjefri (blog beliau aku dah tak jumpa, mungkin penutupan akaun multiply)

[caption id="attachment_2286" align="aligncenter" width="614"]IMG_20140111_131651 Tengok Tuan Hasrul Hassan, kurus tak? hahaha[/caption]

Selain itu, anda boleh melihat kereta Perodua Alza Facelift secara dekat. Memang empuk bila duduk di kerusi depan, terasa tinggi pula berbanding kereta Honda Accord 1984 saya. hehehe

DSC_0009_1


Selain itu, sesuatu yang mengejutkan saya adalah kedatangan penjelajah sekeluarga dari United Kingdom ke sini menggunakan 'Motorhome' atau karavan!


IMG_20140111_105924


IMG_20140111_110054


IMG_20140111_110237


IMG_20140111_110410


IMG_20140111_110527


IMG_20140111_110610


IMG_20140111_111020


Semestinya keluarga Jamalulail Ismail mendapat pengalaman manis dan pahit sepanjang perjalanan panjang ini. Perjalanan beliau sekeluarga boleh dibaca di Facebook By Road To Malaysia atau layari www.byroadtomalaysia.com.


Di sana juga ada aktiviti cabutan bertuah, tapi saya pun dah penat sangat, terus balik rumah.


Di bawah adalah gambaran keadaan di sana.


[gallery type="slideshow" link="none" ids="2314,2309,2293,2292,2291,2290,2289,2294,2295,2296,2297,2298,2303,2302,2301,2300,2299,2308,2307,2306,2305,2304,2310,2311,2312,2313,2315,2316,2317,2318,2323,2322,2321,2320,2319,2328,2327,2326,2325,2324,2329,2330,2331,2332,2333,2334,2335,2336,2337,2338,2343,2342,2341,2340,2339,2348,2350,2353,2354,2356,2358,2359,2360,2361,2362,2363,2287,2286,2285,2288,2284"]

Insya-Allah tahun depan ada lagi... kalau boleh nak lebih ramai rakan media, termasuk blogger turun sama di sini. Tak turun Gerik, Lenggong pun boleh...


Sekian, Wassalam.


Nota: Oh ye, gambar di atas adalah HAK MILIK DIRI SAYA SENDIRI, TIDAK DIBENARKAN COPY-PASTE ATAU MENGUBAH GAMBAR TANPA KEBENARAN SAYA. Jika berlaku demikian, saya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Harap Maklum.

Ulasan

  1. wahh, nampak meriah nampaknya.

    BalasPadam
  2. sangat meriah, sampai parking kat stesen minyak Caltex Lenggong. adohai

    BalasPadam
  3. meriah tu . bro hh kuat mkn ulam yer . baru netul balik malaysia , guna Caravan .

    BalasPadam
  4. sangat meriah, bersesak-sesak kat situ.

    tengok oranglah, hehehe

    sangat betul. best travel naik kenderaan sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan