Nak Backpacking? Ikuti Tips Yeop Kongsi ini

Petua Untuk Orang Lelaki Kelihatan Macho

Petua Untuk Orang Lelaki Kelihatan Macho - Sumber dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


lelaki-kacak


1. Simpan Jambang - Biarkan jambang anda tumbuh dengan natural. Jangan segera membuangnya. Tumbuhnya yang sedikit-sedikit itulah menampakkan sifat kelelakian anda. Jika nampak terlalu berserabut,segeralah kemaskan jambang anda itu.

2. Belah Kayu Api - Dalam zaman moden ini agak sukar hendak mempraktikkan teknik membelah kayu api. Apatah lagi, sekarang ini dapur masak kebanyakkannya menggunakan gas bukan lagi kayu. Tetapi anda boleh tukar aktiviti dengan membina peralatan dalaman rumah daripada kayu misalnya kerusi. Proses memotong dan memaku itu secara tidak langsung menguatkan otot-otot lengan anda.

3. Periksa Enjin Kereta - Jangan hanya tahu memandu sahaja, lelaki juga perlu tahu setiap inci perkakasan enjin kereta. Belajarlah cara untuk mengendalikan kenderaan anda, walaupun kereta nampak elok, belum tentu enjinnya dapat berjalan lancar.

4. Makan Seenaknya - Anda tahu apakah makanan yang membuatkan diri anda kelihatan gagah? Hal ini tidak bermakna anda perlu mengambil pemakanan yang tinggi lemak. Cukup sekadar mengunyah makanan yang berdiet seimbang dan tidak menggemukkan.

5. Sewa Kereta Mahal - Kenderaan yang berprestij dan bergaya mampu menampilkan personaliti maskulin lelaki. Jika anda tidak mampu membelinya, anda boleh menyewanya daripada mana-mana syarikat kereta yang menawarkannya. Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas tatkala memandu.

Nota: Nombor 5 tu... ukurlah baju di badan sendiri huhu

Ulasan

  1. hahaha, klu buat no 5 tu
    bukan stakat macho, hancor pun boleh

    BalasPadam
  2. keh keh keh tu aku tak syor ikut tu :p

    BalasPadam
  3. bawa moto honda ex5 macho tak?

    BalasPadam
  4. entahlah, tengok pada dia sendiri keh keh keh

    BalasPadam

Catat Ulasan