Petua Memilih Warna Baju

baju warna

Petua Memilih Warna Baju

Warna baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak, memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.

1. HITAM. Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi.

2. PINK. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.

3. MERAH. Ia mencerminkan keberanian, ketegasan, dan seksi serta menggoda.

4. BIRU. Mencerminkani kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya anda sukakan ketenangan. Jika anda ingin merasa nyaman dan meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan.

5. OREN. Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.

6. KUNING. Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna “outdoor”. Anda seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.

7. PUTIH. Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, keranaa boleh dipadukan dengan segala warna.

8. HIJAU. Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.

Ulasan

  1. kalau boleh nak pakai hitam (boleh nampak kurus hehe) dan boleh dipadankan macam2 kaler tudung

    BalasPadam
  2. kebanyakkan baju memang hitam dan putih. hehe..

    BalasPadam
  3. aku lebih uska hitam, putih dan merah..kebanyakkna baju aku 3 color tu..kalau bini aku beli baru warna lain..hu3

    BalasPadam
  4. aku maen hentam jer pakai tapi mmg minat pkai yang itam atau jenis warna gelap..

    BalasPadam
  5. Ye ke...saya pilih baju ikut selera je...asal tak ketat,tak besar,ada menarik pd warna kira dah ok lah tu..yg penting mesti murah hehehehe

    .....Search The Internet

    BalasPadam
  6. Oh warna hijau tiada ya. Warna kuning tu menarik

    BalasPadam

Catat Ulasan