Lukis Lukisan Hanya Guna Mata?



[caption id="attachment_1936" align="aligncenter" width="490"]Granato guna teknik seperti ini untuk melukis Granato guna teknik seperti ini untuk melukis[/caption]




BUENOS AIRES - ARGENTINA. Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak.


Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.

"Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini," katanya.

Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya.

[caption id="attachment_1935" align="aligncenter" width="490"]Granato adalah satu-satunya pelukis di dunia yang guna teknik melukis seperti ini. Granato adalah satu-satunya pelukis di dunia yang guna teknik melukis seperti ini.[/caption]

Difahamkan, dia mula terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah.

"Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk. Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi," jelasnya.

Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500 pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10 minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan.

Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina, laporan dipetik dari DailyMail.

Ulasan

  1. fuh..ini betul2 rare...dgn mata pun boleh melukis

    BalasPadam
  2. wah awk nie mesti nak test kan kan kan :p

    BalasPadam
  3. wahh sangat berseni.. hebat betul ..

    BalasPadam
  4. nasib baik lukisan bercorak abstrak.. cuba bayangkan kalau 'mata' lelaki tu boleh buat macam apa yang tangan kita buat, confirm terkejut.

    BalasPadam
  5. macam tak percaya je...hebat..hebat

    BalasPadam

Catat Ulasan