Kisah Buku

Di Mana Asalnya Nasi Lemak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi-pagi mesti cari nasi lemak kan... Lapar tetiba. Jadi, time kita makan nie, tau ke asal usulnya? haaaa

Di bawah ini ada penerangannya :)

lemak

Asal Usul Nasi Lemak

a. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

b. Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan nasi lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka yang membanting keringat.

c. Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.

d. Menurut pakar pemakanan, nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemak.

Ulasan

  1. memang tak sihat kalau makan selalu..tapi..dah gua suka.. gua hadap ajelah. haha..

    BalasPadam
  2. terima kasih membaca di blog saya :)

    BalasPadam
  3. rupanya untuk pekebun..thanks for sharing..nasi lemak memang paling sedap..

    BalasPadam
  4. Ramai kata tak sihat tapi ramai bedal semacam ja...selalu breakfast dgn nasi lemak selepas jogging setiap pagi...

    BalasPadam
  5. memang sedap dimakan setiap hari. kasi gemuk perut hehehe

    BalasPadam
  6. sebenarnya kita ada banyak pilihan. nak nasi lemak dgn penuh lemak atau nasi lemak dgn kurang lemak. haaaa

    BalasPadam
  7. betul tu. sekadar berkongsi idea tiada masalah :)

    BalasPadam

Catat Ulasan