Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

cakar


Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing.. (jangan ambil remeh)

Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing...

Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.

Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.

Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Cara mencegah CSD:

1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing.
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu.
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

Walau macam manapun, kita kena berhati-hati juga sewaktu membelai kucing tu..yang paling penting jaga kebersihan kucing anda!..itu yang pasti..

Ulasan

  1. Tuan kucing perlu lebih berhati-hati dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    BalasPadam
  2. Teringat kes kawan terjumpa kucing jalanan waktu malam then kene gigit.. Tangan dia bengkak... Orang dok kata kucing jadian la gigit... Nie la rupanya sebab dia...

    BalasPadam
  3. betul tu. mana taukan kot-kot kena tu...

    BalasPadam
  4. kalau kucing tak dibersihkan, terutama selepas mengambil di luar rumah, penyakit ini berjangkit kepada manusia.

    BalasPadam
  5. Baru tahu berkenaan penyakit ini...dulu orang selalu kata cakar kucing ada bisa...itu saja. TQ sharing

    BalasPadam
  6. adik acik pernah kena gigit dengan kucing ,, lepas tu bengkak ... ohhh inilah sebabnya thanks sharing :)

    BalasPadam
  7. sebenarnya sy baru tau hari ini, sy terus share ke sini.

    BalasPadam
  8. boleh kita bermain dengan haiwan itu tapi berjaga-jaga.

    BalasPadam
  9. Ada juga penyakit ini terkena bila digigit kucing...kina berhati-hati selepas ini. Kanak-kanak biasanya yang selalu terkena cakarannya.. Segala nasihat akan diambil perhatian. Terima kasih bro sudi berkongsi info.

    BalasPadam
  10. terima kasih membaca di blog aku :D

    BalasPadam
  11. aku selalu juga gigit kucing siap kena cakar bila mandikan,setakat nie tak ada pape plak... mungki kena hati2x lepas nie..

    BalasPadam
  12. tertinggal: kena gigit

    BalasPadam
  13. kucing memang tak suka kena mandi. sebab tu kena sediakan pembalut kaki kucing kalau ada.

    BalasPadam
  14. ohh,bahaya jugak kan, virus semua tuh

    BalasPadam
  15. Baru kena cakar kucing,tolong...

    BalasPadam
  16. penyakit kucing sporo
    https://www.psherbs.com/apa_dia_penyakit_sporo_kucing/

    BalasPadam

Catat Ulasan