Rugi Jadi Rakyat Malaysia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini bukan nak menaikkan kemarahan sesiapa pun, ini pandangan saya mengikut pengalaman.

[caption id="attachment_1546" align="aligncenter" width="400"]Gambar dari Google Images Gambar dari Google Images[/caption]

Bismillah...

Pagi tadi saya berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk temujanji doktor. Sementara saya berada di sana, saya melihat ramai yang datang dari berbilang bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Saya sempat mendengar percakapan dari rakan-rakan dari bangsa India dengan bahasa mereka, tapi saya tak memahami. Rakan saya tu (bangsa India) ceritakan semula percakapan mereka dalam Bahasa Malaysia.

Barulah saya paham.

Selepas itu saya menulis dalam draft mesej handphone saya dengan ayat ini:
Rugi kita tak belajar bahasa mereka. Konon dok berbilang bangsa tapi taknak bercakap dalam bahasa lain. tak pasal-pasal bangsa lain belajar Bahasa Melayu :(

Dan ini yang saya cetuskan persoalan pada anda semua.

Perlukah kita nak belajar bahasa lain (bahasa cina, india dan lain-lain) untuk berhubung dengan mereka? Sebab apa? Apa kontra & pro di sebalik semuanya?

Anda boleh komen atau buat entri, tapi berfokus kepada cerita ini.

Jika anda buat entri, boleh hantar link entri di komen ini.

Mohon pencerahan ya semua :)

Ulasan

  1. Pada pendapat saya basa yang perlu kita pelajari megikut keutamaan:
    Bahasa Arab
    Bahasa Inggeris
    Bahasa Cina (Mandarin)

    BalasPadam
  2. saye rase selagi kite hidup selagi tu kite kene belajar bahasa asing..

    BalasPadam
  3. tu yang paling wajib utk org Islam, tapi pernahkah kita bertutur dengan baik?

    kalau ingat-ingat lupa takpelah jugak. huhu

    BalasPadam
  4. betul tu bro.

    memang rugi tak belajar bahasa asing kan

    BalasPadam
  5. praktik dan selalu berkomunikasi. tu yang penting.

    BalasPadam
  6. perlu atau tak perlu. bergantung.

    BalasPadam
  7. saya tak reti bahasa asing....insyallah akan ku pelajari...

    BalasPadam

Catat Ulasan