Kisah Buku

Iklan N Bagus Tapi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini hari minggu, dengan hari sebegini bolehlah nak perah idea yang terpendam dalam otak saya. hahaha

[caption id="attachment_1628" align="aligncenter" width="730"]Sumber dari Denaihati Sumber dari Denaihati[/caption]

Sebenarnya saya ada terbaca dalam blog denaihati.com.my mengenai Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Dalam penulisan beliau menekankan mengenai syarikat yang 'sangat memilih' dari segi earning, backlink dan pemilihan blogger sendiri.

Saya ada pengalaman sedikit mengenai earning dalam iklan N.

Saya mula menjelajah dalam iklan N sejak tahun 2007 (masa tu menggunakan khairilmazri.blogspot.com) dan letak widget benda alah semuanya dalam tu, kononnya nak duit kan. Senangkan?

Tak sampai 3 bulan saya letak iklan N di lamanictuntuksemua.blogspot.com dan dekotamanidamanhati.blogspot.com tapi result apa jadi?

nuff nuff2


Bukan boleh buat duit nie, kedekut yang amat.


Sabar jelah kan...


Setelah hampir 6 tahun setia kepada N, telah dipadamkan terus dalam blog, seperti yang disarankan oleh Denaihati




Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.



Keadaan yang memilih tu jadi masalah kepada blogger yang baru berpijak dan beriklan menggunakan N. Ramai yang tidak mengetahui pasal semua ini, bila lama-lama anda rasa lain macam, seperti saya rasakan sebelum tu.


Kalaulah mereka (blogger) mengetahui permainan itu, gerenti satu ribu peratus lingkup terus.


Bila baca balik dalam blog beliau, ada betulnya jika cari syarikat lain yang boleh diharap. Macam Innity dan Komli.


Bagi saya, bila guna Innity dan Komli gerenti dapat memperkukuhkan pageview blog kita, tu pun tertakluk kepada niche yang kita gunakan.




Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.



Pernyataan yang betul mengenai ini.


Pengalaman pernah sekali, letak iklan N kat blog, pastu saya cari iklan lain (taklah glamer sangat pun kiranya) tapi tetiba jadi "Non-Glinerati" pulak. Dahlah bagi cukup-cukup makan, saya nak letak iklan lain pun tak boleh.


Konon nak jaga "hati" N, terpaksalah memadam iklan tak glamer, dan kekal N. Naik balik Glinerati.


Seperti dinyatakan tadi, saya dah tinggalkan N, dan cari iklan lain seperti Jom Niaga, Churp-Churp, Jobdirumah, Klikjer dan lain-lain. Jenuh nak merayu pada yang tak sudi kan, walaupun buat muka malu macam minta sedekah.


Jadi, peluang bukan hanya sekali saja, banyak sebenarnya cuma kita tak pandai selongkar je. Takde pengiklanan di blog-blog, facebook apatah lagi.


Lagi satu, kepada N, jangan hanya memilih pada orang tertentu je. "pelanggan" lama pun perlu diutamakan. kalau tidak, anda "ditinggalkan" oleh blogger-blogger yang masak dengan permainan anda.


Nota: Sebenarnya tawar hati dengan permainan N. Dah lama nak luahkan tapi nak cari point asyik gagal.

Ulasan

  1. Macam yang aku pernah beritahu, N ni agak pilih bulu dan ada sesetengah blogger je boleh raih income banyak.. Ada strategi nya.. Buat berkali-kali tanpa jemu.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ada mula menanpakkan hasil..

    BalasPadam
  2. hoho..

    gua masih pakai N.

    BalasPadam
  3. boreh kat umah aku dah habis. aku kena makan pasir nampaknya -_-

    BalasPadam
  4. tupun jenuh nak merayu...
    kalau tak?

    menghabiskan boreh mcm zuan ckp

    BalasPadam
  5. hoho

    blog ko dah kukuh sangat. takyah iklan pun takpe lalalala

    BalasPadam
  6. Nampaknya, ni mmg betul2 luahan ikhlas seorang blogger..apa2pun, kita usaha cari yg lain...

    lupakan N cari I =)

    BalasPadam
  7. yelah bro.

    innity pun kalo pageview lebih 1000 bolehlah.

    aku nie cukup2 makan je.

    BalasPadam
  8. aku dah baca innity tuh.

    kalau blog personal payah nak accept sebab bagi diorang tidak berbaloi.
    try buat cerita artis, bukan innity saja nak ko, akhbar pun siap buat kolum utk ko.

    BalasPadam
  9. yang lain² tu kena pageviews tinggi la pulak..hehe

    takpe, rezeki di mana² sahaja kan?

    BalasPadam
  10. betul tu bro.
    ni aku jeles tahap gaban.
    aku redha dengan keadaan begini, tapi aku tak patah semangat.

    berusaha lagi yokkk

    BalasPadam
  11. Sentap juga dengan N.
    Jalan terbaik, lari dari permainan dia.
    Pasang dari syarikat lain yang kurang permainannya.

    BalasPadam
  12. betul tu.
    ramai yg nak kita nanti, cuma kita perlu lebih berusaha lagi :)

    BalasPadam
  13. Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #?DuitRaya? dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    BalasPadam
  14. terima kasih kembali kerana mengajurkan kontes begini.
    jarang buat lebih 300 patah perkataan, tapi ada pengalaman bolehlah buat panjang lagi heee :D

    BalasPadam
  15. Nak pasang iklan lain pun tak lepas. Jalannya pasang jela si N tu. haha

    BalasPadam
  16. kalau dah yakin dgn N takde masalah apa-apa.

    tu pun kalau terpaksa. kan?

    BalasPadam
  17. pilih bulu rupanya . yang glamer trus kaya la camni ... huhuhuuu

    BalasPadam
  18. huhu yele awk
    abaikan je N tu...

    BalasPadam
  19. salam,

    buang je takpe... sy ni dah byk kali buang-letak-buang-letak... pernah dpt takat 3 angka jer... penat dah mengharap... apply advertiser lain, alhmdllh dpt ;)

    BalasPadam
  20. awk apply apa? dpt fulus lebih?

    BalasPadam
  21. Kamu dpt juga Rm6.00 lebih aku pula cuma RM0.50, rasanya dah 2 thn lebih...heeee...nak iklankan yg mana pulak ya??

    BalasPadam
  22. 2 tahun masih muda lagi.
    emmm entahlah

    BalasPadam
  23. cari cara nak install widget klout, keluar plak yg ni dari busuk.org... hehe...
    Akak dah bercerai talak 3 dah dgn syarikat N ni... baru dlm 2 bulan rasanya. huh! dahlah iklan arak n pompuan seksi dipapar tgh2 pagi sefi'ie... geram sangat. walhal dah tick taknak. Dipaparnya gak? lastly, buang terus... puas hati.... Dah cashout ada la dlm RM13O lebih je dari 2009 hingga bln 2 hr tu... tapi sampai skrg tak terima lg ceknya.

    BalasPadam

Catat Ulasan