Petua Mengenai Beras

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA tak pernah jemu berkongsi tips atau petua untuk bacaan semua. Apapun, jom baca :)

beras

Koleksi Petua Mengenai Beras

1. Petua Membersihkan Beras - Jangan dibasuh beras lebih daripada 3 kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Petua Untuk Beras Tidak Berkutu - Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Petua Menghilangkan Hapak Beras - Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Petua Mengatasi Beras Tidak Bermutu - Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap dimakan.

Ulasan

  1. gua fail bab masak nasi ni. dulu pernah kena marah ngan customer kfc sbb nasi lembik..haha

    BalasPadam
  2. Erk... Mudah je nk masak dia hehe

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum. Salam Ramadan. Saya basuh beras sampai air dia jernih. Hehe. Khasiat berkurangan lo nampaknya.

    Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah

    BalasPadam
  4. Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - MIEZA JHAA K ?__?

    BalasPadam
  5. gua basuh 3 kali aje biasanya. keruh tak keruh airnya, gua tak peduli. haha..

    BalasPadam
  6. waalaikumussalam, salam ramadan. oklah tu buang saki-baki dalam beras tu, sedap dimakan pulak... terima kasih singgah :)

    BalasPadam
  7. Jarang makan nasi. Tapi suka nasi beryani.

    BalasPadam

Catat Ulasan