Nak Backpacking? Ikuti Tips Yeop Kongsi ini

Kenapa Ada Sesetengah Orang Tidak Bahagia Walaupun Kaya?

Assalamualaikum.

Mesti ramai hairan kan, kenapa jadi begitu? Apapun dalam Facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA ada jawapannya...

[caption id="attachment_1218" align="aligncenter" width="400"]Takbur dalam berdoa Takbur dalam berdoa[/caption]

Kenapa Ada Sesetengah Orang Tidak Bahagia Walaupun Kaya?

1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagi pun orang tamak selalu rugi.. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak atau takabbur dengan apa yang kita ada.

Ulasan

  1. sebaik baiknya, ikutlah peribadi Rasulullah :)

    BalasPadam
  2. ya... Rasulullah tak pernah takbur :)

    BalasPadam
  3. tapi paling ramai orang ada sifat riaakkk..Semoga dihindarkan dari sifat begitu..

    BalasPadam
  4. semoga kita di jauhkan dari semua ini

    BalasPadam
  5. normal. Ada sebab-sebabnya yang tersendiri..

    BalasPadam
  6. Dalam semua perkara kita niatkan ikhlas kerana Allah SWT

    BalasPadam
  7. betul tu.. terima kasih membaca di blog saya :)

    BalasPadam
  8. tapi ramai juga org kaya yang baik kan. tak tinggal solat =)

    BalasPadam
  9. Semoga dijauhi semua sifat yang tersenarai diatas.. Amin

    BalasPadam
  10. betul tu awk, kalau jumpa org gitu syukur..

    BalasPadam

Catat Ulasan