Kisah Buku

Bila Kerja Itu Dipermainkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bekerja itu punca rezeki untuk isteri dan anak-anak serta kepada ibubapa kita. Kerja adalah amalan paling mulia tapi ada juga manusia yang nak kerja, tapi pemalas. hmmm apa nak jadi ya...

Posmen Lambak Surat Dalam Hutan!
Posmen Lambak Surat Dalam Hutan!
KUALA LUMPUR – Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan ‘rahsia hitam’.


Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.


Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi ‘The Star’, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu.


Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.


“Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan.


“Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas,” katanya.


Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan.


Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan.Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.


“Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi,” kata Ismail.Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo.


Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.


Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.


Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat. – THE STAR

Bukan mudah nak dapat kerja, terutama barang asyik naik tiap bulan. Jadi, beringatlah ya...

Ulasan

  1. begitu ramai org kat luar sana cari kerja , posmen ni lak suka2 jer nak kena pecat ...

    BalasPadam
  2. makan gaji buta memang tak selamat ...

    BalasPadam
  3. wahh..mana boleh main buang-buang..ada surat gua gak tu..

    BalasPadam
  4. Iskh geram juga bila surat2 penting tidak sampai...kalau beginilah kerja posmen yg tak bertanggungjawab tu silalah pos malaysia dakwa mereka biar jd pengajaran....setakat pecat jer sgt2 tak membantu mendidik.

    BalasPadam
  5. Aku harap posmen yg terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
  6. Kalau saya sendiri denda tak mencukupi, pihak pejabat pos perlu ambil tindakan sewajarnya utk elakkan berlaku sebegitu lagi.

    BalasPadam
  7. kes mcm ni dah banyak kali , kan
    agaknya sesekali big bos kena meronda secara senyap dan memerhati anak buah bekerja

    BalasPadam
  8. nak harapkan big bos turun, bos siap mengarah lagi.

    kalo bos sendiri tak sedap hati, elok sangatlah...

    BalasPadam
  9. sebenarnya kita ada undang-undang, tapi penguatkuasaan tiada.

    cemana boleh takde surat sampai di tangan pengguna.

    BalasPadam
  10. jgn2 kad raya yang awek aku post tahun lepas dibuangnya juga...ermmmmmm

    BalasPadam
  11. surat aku pun takde.... waaaaaaa

    BalasPadam
  12. Rasanya posmen sekarang ni kerja tertekan sebab Pos Malaysia dah di ambil oleh management baru. Kerja dah tak boleh relaks macam dulu lagi.

    BalasPadam
  13. mudahnya kerja mereka... tak amanah..

    BalasPadam
  14. mungkinlah, tapi surat orang takbleh buat main-main.

    BalasPadam
  15. tu yg saya tak berapa suka sangat....

    BalasPadam

Catat Ulasan